Sebenarnya banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengempiskan perut selepas bersalin, sama ada dari segi tradisional mahu pun moden. Tapi saya pasti mesti ramai yang berminat untuk mencuba petua-petua tradisional kan, lagi senang dan mudah. Ini antara petua yang saya boleh kongsikan, yang saya ambil dalam Majalah wanita, tapi dah lupa keluaran bila.
Antara petua mengempiskan perut selepas bersalin
- Campur sedikit cuka, garam, kunyit kemudian kisar. Kemudian tampal pada perut dan tutup dengan bengkung
- Kisar halus beras. Kemudian campurkan dengan adunan cekur, gula merah, air asam jawa, dan sedikit air suam. Kemudian tapis dan minum. Amalkan minum empat kali seminggu
- Tumbuk beberapa potong halia hingga halus. Gaulkan dengan perahan air asam jawa yang pekat. makan bersama nasi panas. Selain membantu mengempiskan perut, ia juga dapat memperbaiki pengaliran darah dalam badan
- Campurkan kapur makan dengan perahan limau kasturi. Sapukan pada perut mengikut lawan arah jam
Selamat mencuba!
::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**
0 comments:
Post a Comment