Wednesday 3 September 2014

Makanan Berisiko Kepada Bayi


makanan bayi

Sebagai ibu, semakin membesar anak kita, semakin teruja kita menyediakan pelbagai makanan pilihan makanan. Tidak sabar hendak membenarkan bayi turut menyertai makan sekeluarga di meja makan. Tetapi harus diingat walaupun bayi semakin membesar, tidak semua makanan sesuai dan boleh dimakan.

Jika selama ini mungkin bayi kita sudah membiasakan dengan makanan pejal, dan dilihat dia tiada masalah untuk mencuba pelbagai rasa yang berbeza namun masih ada beberapa jenis makanan yang tidak boleh diambil sebelum menyambut ulangtahun pertamanya.

*Sesetengah jenis makanan laut mungkin mengandungi merkuri yang boleh menjejaskan sistem sarat bayi yang sedang berkembang. Makanan laut seperti kerang-kerangan mentah juga boleh mengakibatkan risiko keracunan makanan

*Telur mentah atau kurang masak. Pastikan telur yang diberi kepada bayi anda dimasak sempurna sehingga bahagian putih dan kuningnya keras

*Makanan rendah lemak, rendah kalori dan berserat tinggi juga tidak sesuai untuk bayi. Bayi memerlukan makanan yang tinggi kandungan tenaganya

*Kekacang. Jangan beri bayi makan kacang sehinggalah usianya mencapai lima tahun kerana ia boleh menyebabkan bayi tercekik

*Garam. Jangan tambah garam dalam makanan bayi kerana buah pinggang bayi masih belum mampu memprosesnya. Elakkan memberi bayi makanan yang masin, periksa label pada bungkusan makanan yang dibeli

*Gula. Makanan dan minuman manis tidak elok untuk pertumbuhan gigi bayi dan boleh menggalakkan bayi menggemari makanan manis. Elakkan memberi bayi makanan manis seperti puding, ais krim, biskut atau gula-gula sehingga dia berusia dua tahun keatas.
 

::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

0 comments:

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik