Friday 26 September 2014

Tiga Peringkat Proses Bersalin

Bagi mommies diluar sana yang menghitung hari untuk bersalin, mesti berdebar-debar kan? Rasanya perasaan untuk menghadapi bersalin bagi mommies yang mengandungkan anak pertama dengan mommies yang dah ada pengalaman bersalin berbeza. Yelah, mommies yang tak pernah rasa lagi bersalin macam mana mungkin perasaan berdebarnya kurang jika hendak dibandingkan dengan mommies yang dah ada pengalaman bersalin yang sudah pernah alami bagaimana rasanya bersalin. Tapi jangan risau, kadang-kadang perasaan berdebar tu je yang lebih-lebih, padahal tidak lah teruk mana pun bersalin, setuju tak? ke ada mommies-mommies yang fobia nak bersalin lagi? Iya, pengalaman sakit nak bersalin berbeza setiap orang, ada yang sakit lama sehingga 12 jam, ada yang sakit sekejap je, tengok-tengok dah bersalin. Apa yang penting sentiasa berdoa, zikir banyak-banyak terutamanya ketika kontraksi semoga semuanya di permudahkan.

meneran sewaktu bersalin

Hari ini saya nak kongsikan proses bersalin yang mommies semua akan hadapi jika bersalin normal. Ada tiga peringkat proses bersalin :

1) Pelebaran Servik
Kontraksi pada permulaan adalah jarang, ia datang setiap setengah jam atau lebih dan berlangsung selama lebih kurang satu minit. Ia akan mula terasa lebih kuat dan kerap secara berperingkat-peringkat. Pada saat ini, mommies dinasihatkan agar tidak terlalu risau dan cuba untuk bertenang. Pada tahap ini, adalah sangat penting kaedah pelega sakit yang mommies gunakan, mempunyai kesan relaksasi, misalnya dengan mandi air suam, urut, dan akupuntur. Beberapa waktu kemudiannya mommies mungkin boleh menggunakan gas, pethidine malah epidural. Pada tahap ini, merupakan tahap paling kuat, kontraksi akan datang setiap dua mimit dan berlangsung selama sekitar satu setengah minit. Bagi mommies yang bersalin buat pertama kali, sakit kontraksi biasanya kan mengambil masa selama 9 dan 15 jam.Pelebaran selvik untuk 5 sentimeter pertama mengambil masa yang terpanjang

2) Meneran dan Kelahiran
Apabila servik telah melebar sehingga 10cm, fasa berikutnya iaitu proses meneran dengan kontraksi. (sebab itulah misi akan suruh kita push setiap kali kontraksi datang). Pada tahap ini, bayi telah bergerak turun ke pangkal rahim. Ketika kepala bayi mencapai ke dasar punggung, dan sedang berehat berhadapan rektum, kita akan berasa hendak meneran (seperti buang air besar). Panjang masa yang diambil pada masa proses meneran ini bergantung kepada beberapa faktor seperti kepenatan dan ketenangan si ibu. Dan tahap ini akan berakhir setelah kelahiran bayi. Segala kesakitan akan berakhir segera apabila bayi sudah keluar. Pada masa ini, mommies akan merasa sangat lega tambahan pula apabila nurse menunjukkan bayi kepada anda.

3) Pengeluaran Plasenta (uri)
Sekarang plasenta telah tertanggal dari dinding rahim dan selepas kira-kira 10 minit rahim anda mulai kontrak (ianya tidak merasa apa-apa berbanding dengan apa yang anda telah lalui) dan mommies harus membantu untuk meneran keluar plasenta dan membran yang mengelilingi bayi anda. (saya tak sedar pun bila masa uri saya keluar, huhu) Nurse/doktor  akan memeriksa plasenta dan memastikan ianya habis keluar semuanya, yang mana ia adalah sangat penting. Ini kerana boleh menyebabkan jangkitan dan pendarahan sekiranya masih ada yang tertinggal di dalam rahim

Di sini sangat ingin kongsikan teknik meneran untuk panduan mommies yang sedang tunggu saat bersalin, terutamanya yang kali pertama bersalin:

  • Baring dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka
  • Angkat kepala, dagu mencecah dada
  • Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
  • Tangan pegang buku lali kaki
  • Masa teran, jangan keluarkan suara
  • Jangan angkat punggung semasa meneran
  • Baca bismillah, zikir, atau apa-apa doa yang terlintas di fikiran anda
  • Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran sekuatnya 

Percayalah, sakit bersalin hanya sementara, sakit akan hilang saat kita pandang wajah bayi kita yang baru lahir. Tidak perlu serik untuk bersalin =)
Semoga kita semua dipermudahkan untuk bersalin. Amin

SET BERSALIN SHAKLEE

Sumber dari Drypers


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

0 comments:

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik