Tuesday 2 September 2014

Mengapa Ayah Penting Kepada Anak?


mengapa ayah penting pada anak
Seorang ayah menjadi tunjang utama dalam sebuah keluarga. Tanpa ayah, pembentukan sesebuah keluarga itu menjadi longgar. Anak-anak bagaikan kehilangan bahan rujukan utama biarpun ibu berusaha sebaik mungkin menggantikan peranan ayah. Walaupun pada hakikatnya hubungan anak lebih akrab dan rapat dengan ibu sejak sembilan bulan dalam kandungan, ayah merupakan pencetus semangat dalam diri si anak untuk membesar sebagai seorang insan yang positif.

Mengapa pentingnya ayah dalam hidup seorang anak?

  • seorang ayah mempunyai skill komunikasi yang berbeza dengan ibu. Biarpun ayah jarang menyapa tetapi teguran sekali sekala itu penting sebagai tarbiyyah berkesan kepada anak
  • seringkali si anak takutkan ayah berbanding ibu. Ini kerana ketegasan semulajadi yang dimiliki oleh ayah. Maka jika ibu tidak berjaya menasihati anak, tentu sahaja tanggungjawab tersebut dikembalikan kepada ayah
  • seorang ayah mampu membina jati diri dan keyakinan anaknya sejak kecil lagi. Sebagai contoh dalam bab mengajar anak menunggang basikal lebih baik diserahkan pada ayah. Ayah dapat memberikan semangat dan keyakinan dan semangat bahkan ketegasannya membuatkan anak lebih cepat dan berani berbasikal. Mungkin jika ibu yang mengajar, ibu asyik meminta supaya berhati-hati dalam nada yang lembut membuatkan anak lambat belajar
  • seorang ayah mendisiplinkan anak dengan cara yang berbeza. Berbeza dengan ibu bukan dengan cara didikan dan tidak setuju dengan didikan itu, tetapi ia saling melengkapi
  • ayah adalah contoh kepada anak-anak. Jika tanpa ayah, anak-anak tiada rujukan dan panduan
  • ketika ibu sibuk menguruskan rumah tangga di rumah, ayah mengambil alih tugas berbual-bual dengan anak-anak untuk mengetahui perkembangan seharian mereka

Ibu bapa yang ingin mendapatkan Set Anak Pintar dari Shaklee boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut


I LOVE MY HUSBAND

I LOVE ABAH




::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

0 comments:

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik