Sunday 14 September 2014

Kisah Laskar Pelangi


Dua minggu lepas, saya berkesempatan pergi melawat ke tempat shooting Laskar Pelangi. Dah hampir 6 bulan duduk disini, hari tu baru rasa teringin nak tengok tempatnya. Kalau di Belitong ni, nama laskar pelangi memang terkenal, memang orang-orang (indonesia) luar datang ke belitung semata-mata mahu melawat tempat laskar pelangi ini. Suami dah pernah sampai banyak kali dah, saya jer baru terasa nak tengok tempatnya. Sejam jugak perjalaanan nak ke sini. Tak la jauh sangat pun

Cerita laskar pelangi ni juga pernah ditayangkan di Malaysia, TV Alhijrah. Rsanya lagu pun famous kat Malaysia kan? Cerita laskar pelangi berdasarkan kisah benar, yang ditulis oleh penulis terkenal di Indonesia Andrea Hirata. Pada mulanya cerita ini hanya ditulis dalam novel dan menjadi semakin terkenal setelah diadaptasi dalam bentuk filem. KIsah dan jalan cerita ini sangat bermotivasi dimana ia mengisahkan sekumpulan anak-anak miskin yang berasal dari belitung sedaya upaya mempertahankan sekolah mereka yang sangat uzur dan tiada kelengkapan pembelajaran. Kisah bagaimana mereka semangat untuk meneruskan pengajian walaupun pelbagai halangan dan rintangan.
Untuk cerita lebih details boleh rujuk di sini 'Laskar Pelangi'

Jom layan gambar jela :)







::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

0 comments:

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik