Thursday 4 September 2014

Benarkah buah durian tinggi kolesterol?

durian

Saya pasti kebanyakkan di kampung-kampung sekarang penuh dengan musim buah. Dan salah satu buah yang paling digemari oleh kebanyakan orang termasuklah saya sudah tentu lah raja segala buah, iaitu buah durian. Eh tapi saya rasa buah durian sekarang macam sudah tak bermusim, setiap hari ada ja orang jual buah durian, kalau tak made in Malaysia pun, banyak juga buah-buah yang diimport dari negara jiran kita. Kalau nak makan durian tak perlu bersusah payah cari di kampung, di bandar-bandar pun sekarang banyak je orang yang sentiasa menjualnya.

Tapi ada juga orang yang tak berapa gemar dengan buah durian ni, ada yang cakap panas lah, tinggi kolesterol lah. Masalahnya, benarkah buah durian tinggi kolesterol?? Ini jawapan yang saya baca dalam blog Kevin Zhari, fakta mengenai buah durian.

10 fakta menarik mengenai buah durian yang perlu anda tahu
  1. Tinggi kalori: ramai yang mengaggap buah durian tinggi kalori dan menggemukkan. Tahukah anda bahawa seulas buah durian baru mempunya 50kcal. Tak lah tinggi sangat sebenarnya
  2. Tinggi kolesterol: durian atau mana-mana buah yang lain pun tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol cuma datang dari sumber haiwan, bukan tumbhan
  3. Tiada nilai nutrisi: buah durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioksida vitamin c, b-complex dan potassium (penting untuk kawalan bendalir badan, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah. Durian juga mengandungi kalsium dan phosphorus
  4. Tinggi lemak : satu ulas durian baru ada dalam 1-2g lemak dan itu pun bukanlah lemak tepu (saturated fat)
  5. Tinggi gula: satu ulas durian ada dalam 10g gula. Tinggi? Itu bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan. Jika 2-3 ulas masih kurang lagi daripada satu tin minuman soda
  6. Panaskan badan : Betul!. Buah durian mempunya kualitit memanaskan badan, jadi elaklah makan secara berlebihan, lebih-lebih lagi jika mempunyai diabetis atau tekanan darah tinggi
  7. Tingkatkan nafsu seks : Betul. Itu berbalik pada kualiti memanaskan badan iaitu peningkatan peredaran darah.
  8. Tidak sesuai untuk diabetis : memang benar, tapi itu bukan soal buah durian semata-mata tapi bagi mereka yang ada diabetis atau kencing manis harus kawal pengambilan gula dan makan/minuman yang tinggi glukosanya
  9. Kurangkan stress : Bergantunglah kot tetapi buah durian mengandungi amino asid yang bernama trytophan yang membantu meningkatkan keluaran hormon serotonin ( yang mengantukkan) yang membuatkan anda lebih senang tidur, rasa lebih 'ringan' dan lebih tenang
  10. Jangan makan berlebuhan : memang betul. Tapi itu bukan durian semata-mata tetapi untuk apa-apa makanan pun ada risikonya jika kita makan berlebihan. Setakat 1-3 ulas sekali makan tidak lah teruk sangat

Ok jadi makanlah buah durian dengan gembira dan seadanya. Bukan buah durian sahaja, apa-apa buah pun bila makan haruslah beringat :)


..Peace..


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

0 comments:

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik