Friday 12 September 2014

Rawat Batuk dan Selesema Tanpa Ubat


Jika anak-anak anda mnghidapi batuk, selesema, atau demam, apa yang anda buat? Dalam fikiran mesti cepat-cepat pergi jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan ubat kan? Yela ibu bapa mana yang tidak risau jika anak sering batuk, demam dan selesema kan. Selain daripada memberi ubat untuk mengurangkan dan melegakan batuk selesema anak, anda juga boleh menggunakan kaedah tradisional, iaitu tanpa menggunakan ubat. Rasanya kebanyakan ibu yang rajin meng'google' pasti sudah tahu terdapat pelbagai cara menggunakan kaedah tanpa ubat ini. Saya salah seorang yang mencari kaedah untuk merawat dan melegakan demam batuk selain menggunakan ubat yang diberi oleh doktor.

Alkisahnya, anak saya yang sulung sangat susah nak makan ubat kalau sakit demam. Tak kisahlah ubat apa-apa pun. Jika dia demam atau batuk, mesti sangat susah hati sebab Harith ni jenis tak nak makan ubat. Paksa la, pujuk rayu macam mana sekalipun memang dia akan menolak. Jika dipaksa, pandai pulak di tahan di dalam mulut, luahkan balik ubat tu. Kadang-kadang sampai menangis sebab kena paksa makan ubat. Tapi setelah di'google', saya terjumpa beberapa petua untuk melegakan batuk demam, selsema secara tradisional, dan alhamdulillah ianya serasi dengan anak saya :)

Petua 1
Caranya :
Bakar 3-4 ulas bawang putih (sekali kulit)
lenyekkan dalam minyak zaitun (minyak masak pun boleh)
Sapu pada leher, dada, tapak kaki

Cara ini lebih kurang cara garlic socks, cumanya saya tak gunakan stokin. Sebab harith ni bukannya mau kalau pakai-pakai stokin ni.
Kalau dia demam atau batuk cepat-cepat saya sapukan dengan minyak bawang putih ini, alhamdulillah selepas itu mesti demam/batuk harith menjadi kurang.
 
Petua 2
Lagi satu petua yang saya gunakan kalau anak-anak saya demam. Kerap mandikan mereka. Walaupun ada sesetengah orang cakap jangan mandi sewaktu demam kan. Tapi jangan lah mandikan awal pagi atau malam, nanti menggigil lain pulak jadinya. Walaupun mereka akan nangis-nagis bila dipaksa mandi, tapi bagi jugak diorang mandi, gosok-gosok kepala sewaktu mandi. InshaAllah mereka akan lebih segar selepas mandi, panas demam pun akan berkurangan.

Petua 3
Tumbukan 2-3 biji lada hitam. Campurkan dengan madu, kemudian minum. Ini sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa (kanak-kanak kurangkan dos lada hitam)

Petua 4
Campurkan air lemon dengan kicap. Minum airnya. InshaAllah batuk akan berkurangan


Alhamdulillah anak saya sangat serasi dengan cara begini. Tetapi jika demam/batuk anak-anak anda semakin teruk, segeralah dibawa ke hospital. Boleh juga mencuba supplement Set kesihatan kanak-kanak jika anak anda kerap demam dan selsema

::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

0 comments:

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik