Setiap ibu bapa, mesti mahukan yang terbaik buat anak-anak. Tidak kira lah sama ada untuk kesihatan mahu pun dalam pelajaran. Ibu bapa akan berusaha mencari supplemen/makanan tambahan terbaik buat si anak. Terutamanya jika si anak kurang selera makan, kerap demam dan selesema, tidak fokus dalam pelajaran. Tapi rasanya bagi ibu-ibu yang anaknya sedang membesar, perkara yang paling susah hati ialah apabila anak kurang makan atau memilih makanan. Rasanya di pasaran terdapat banyak jenis supplemen untuk anak-anak. Dari yang untuk menambah selera, untuk menaikkan berat badan, dan tidak kurang pula segala macam supplemen yang berasaskan makanan sunnnah ada dijual di pasaran. Persoalannya,
perlukah supplemen ini untuk anak-anak?
Sebenarnya, pemakanan yang seimbang dan berkhasiat adalah perkara yang penting untuk memastikan anak-anak membesar dengan baik. Anak-anak yang sedang membesar harus melebihkan makanan yang lebih banyak serat, protein, buah-buahan dan sayur-sayuran. Elakkan makanan yang mengandungi gula yang tinggi serta lemak yang banyak seperti keropok dan makanan ringan yang banyak dijual.
Tetapi, jika anda berhasrat untuk memberikan supplemen/makanan tambahan kepada anak-anak anda, beberapa perkara penting yang harus diambil perhatian :
- Anda boleh merujuk kepada doktor atau ahli farmasi sebelum bercadang memberikan apa jenis supplemen kepada anak anda. Mintak nasihat dan pandangan supaya ianya tidak memberi kesan sampingan kepada anak anda
- Makanan tambahan/supplemen haruslah dibuat daripada sumber yang semulajadi dan selamat
- Makanan tambahan seperti vitamin seeloknya hanya diberikan kepada anak anda apabila diperlukan sahaja. Nutrien yang berlebihan boleh memberi kesan kepada kesihatan anak anda
- Makanan tambahan/supplemen yang diberi kepada anak-anak mengandungi spektrum nutrisi yang penuh, sesuai dengan peringkat umur mereka
Pilihlah
makanan tambahan yang semulajadi, selamat untuk anak-anak anda. :)
::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp)
::emel ke mellyna35@yahoo.com
:: Fb Amalina Ahmad
Shaklee Independent Distributor
**Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**
0 comments:
Post a Comment