Masalah sembelit adalah perkara biasa dalam kalangan kanak-kanak. Sembelit adalah masalah di mana anak anda kurang kerap membuang air besar daripada biasa dan najisnya lebih keras berbanding biasa. Sembelit juga kerap kali berlaku pada anak saya yang sulung, Harith.
Harith sangat susah buang air besar, mungkin trauma atau takut untuk meneran. Ini kerana suatu masa dahulu Harith mengalami sembelit yang agak teruk. Saya ingat lagi, menangis-nangis sambil meneran..huhu. Itu dulu, sewaktu saya tidak berkenalan dengan Mealshakes lagi =)
Berbanding dengan adiknya Afnan dan Aisyah memang tiada masalah langsung bab membuang ni, sehari kadang kala sampai tiga kali. Asalkan lepas makan atau minum susu je, ha tunggulah mesti membuang lepas tu..hihi
Tabiat usus kanak-kanak adalah pelbagai. Sesetengah kanak-kanak mempunyai pergerakan usus dua kali sehari dan sesetengahnya hanya sekali setia dua atau tiga hari. Tidak kira apa corak pembuangan najis anak anda, ia adalah perkara normal. Kanak-kanak biasanya mengalami masalah sembelit apabila berlaku perubahan kecil dalam pemakanan rutinnya.
Apa yang boleh dilakukan jika anak anda mengalami sembelit?
- Jika anak anda mengalami sembelit, jangan risau kerana ia tidak berbahaya. Jangan memberinya ubat julap kerana ia hanya mengganggu tindakan biasa ususnya.
- Beri anak minum banyak air, terutama jika cuaca panas. Ini dapat membantu melembutkan najisnya. Jus buah-buahan mungkin dapat membantu mengurangkan masalah sembelit.
- Jangan menggesa anak supaya cepat apabila dia berada di tempat pembuangan air dan jangan juga membiarkannya berada di situ terlalu lama. Jika dia mengalami sembelit, sapukan Vaseline di sekeliling lubang duburnya sebelum mendudukkannya di tempat pembuangan air untuk memudahkan pergerakan ususnya.
- Tambahkan pengambilan makanan berserta dalam diet pemakanan anak anda. Antara makanan berserat seperti roti bergandum penuh, bijirin sarapan bergandum penuh, buah pir, pic dan pisang, buah kering prun dan aprikot serta sayur-sayuran. Ini membekalkan saiz yang membantu usus mencengkam dan menggerakkan kandungannya sepanjang usus.
Bagaimana Mealshakes Shaklee membantu mengatasi sembelit?
Shaklee menawarkan Mealshakes untuk mengatasi masalah anak yang sering mengalami sembelit. Mealshakes menyeddiakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya yang mudah diserap untuk kegunaan harian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi, buah-buahan, sayur-sayuran , kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain
Harga Rm 113.75
1 Canister
Nak jimat dan dapatkan harga diskaun 15-25%?
Hubungi saya untuk maklumat lanjut!
Pengedar Shaklee Anda
ID 1065850
♥ Facebook : Amalina Ahmad
♥ SMS | WhatssApp : 012-4341649
♥ Emel : mellyna35@yahoo.com
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Jomsihat
- ::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**
2 comments:
Mealshake Memang Best! Sejak minum, Arif pun dah x sembelit lagi.
Baca Kelebihan Solat Dhuha
kalau nak best lagi mealsake tu campur dengan omega guard..minyak ikan juga boleh bantu sembelit anak-anak..Mak Jemah dah try memang menjadi..
Post a Comment