Antara masalah utama yang sering terjadi dalam kalangan ibu yang menyusukan bayi adalah payu dara bengkak. Walaupun sakit tetapi jangan risau kerana ia adalah petunjuk positif iaitu ibu sedang menghasilkan susu untuk bayi. Tipulah kalau saya kata saya tak pernah merasainya kan. Saya juga seperti ibu-ibu lain pernah merasa bengkak susu terutamanya semasa dalam pantang. Maklumlah susu waktu tu memang tengah banyak kan, anak pula hisap sikit-sikit dan sekejap-sekejap sahaja.
Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormon susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh. Biasanya ibu yang mengalami bengkak susu, akan segera mengepam payu dara. Saya juga buat begitu jika mengalami bengkak susu, cepat-cepat cari pam. Yelah tak tahan kot rasa bengkak susu tu, sampai mengigil dibuatnya. Silap-silap boleh demam tau. Tetapi tahukah anda yang ia sebenarnya bukanlah jalan penyelesaian terbaik. Bahkan ia mungkin membuatkan saluran susu tersumbat hingga susu yang dipam tidak keluar.
Sebenarnya hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja mampu menghilangkan masalah bengkak susu. Selain daripada itu ada beberapa tip lain yang boleh diamalkan oleh para ibu jika mengalami bengkak susu.
- Sentiasa memakai coli menyusu yang memberi sokongan termasuk pada waktu malam. Pastikan ia padan dan tidak terlalu ketat.
- Susukan bayi dengan kerap iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua belah payu dara pada setiap penyusuan. Namun pastikan sebelah yang pertama telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan payu dara sebelah lagi. Pada sesi penyusuan berikutnya, mulakan dengan payu dara yang terakhir dihisap. Aerola yang keras menyukarkan pelekapan bayi dengan betul. Oleh itu perah dengan tangan atau pam susu sehingga aerola menjadi lembut.
- Tuam payu dara dengan tuala hangat atau mandi dengan air suam sebelum memerah turut membantu melembutkan aerola dan melancarkan pengeluaran susu.
- Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang dihisap perlahan-lahan. Ia membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan melegakan ketegangan pada payu dara.
- Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, gunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan. Ia tidak akan memburukkan keadaan.
- Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting. Lakukan berulang kali dan pengaliran susu akan kembali lancar.
Lecithin merawat bengkak susu |
- Ibu-ibu juga boleh mengambil supplemen Shaklee iaitu Lecithin untuk merawat masalah bengkak susu. Antara Kebaikan Lecithin pada ibu menyusu
- --Membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat
- --Membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu
- --Membantu ibu mengatasi masalah lupa atau short memory yang biasa dilalui selepas melahirkan
- --Membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susu ibu untuk perkambangan otak bayi
Menurut Kelly Bonyata yang merupakan IBCLC (International Board Certified Lactation Consultant) ;
“Lecithin has been recommended to combat
recurrent plugged ducts. The usual recommended dosage for recurrent
plugged ducts is 3600-4800 mg lecithin per day, or 1 capsule (1200
milligram) 3-4 times per day. After a week or two with no blockage, mom
can reduce the dosage by one capsule. If there is no blockage within
another 2 weeks she can reduce it again by one. Mom may need to continue
taking 1-2 capsules per day if stopping the lecithin leads to
additional plugged ducts.”
sumber:kelly mom
SET MENYUSU
Hubungi saya untuk maklumat lanjut!
Pengedar Shaklee Anda
ID 1065850
♥ Facebook : Amalina Ahmad
♥ SMS | WhatssApp : 012-4341649
♥ Emel : mellyna35@yahoo.com
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Jomsihat
::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**
20 comments:
Memang tak selesa sangat kalau bengkak susu dan jika tak diatasi segera takut boleh akibatkan jangkitan pula. Klik untuk bacatips atasi bengkak susu
Bengkak susu boleh gunakan rawatan tradisional dan yang paling bagus ambil vitamin tambahan untuk kesihatan badan kita.
Bengkak susu boleh sebabkan demam...
nasibla ada suplemen yang boleh tlg kurangkan bengkak susu di samping rawatan tradisional
setiap kali beranak kecik...bengkak susu mesti datang...apa yg boleh buat cuma tuam dengan air suam dan bagi anak menyusu dengan acap kali.
Takut pula dengar kes ibu kena bengkak susu sebabnya boleh demam ni..dengan anak lagi nak jaga..terima kasih info ni sangat berguna kepada balal-bakal ibu
Tak kahwin lagi, tak tahu rasa macam ne. Terima kasih untuk info, boleh pakai nanti ada anak. hehe
Jom Baca: Kenapa Mak Kelihatan Muda
memang sakit kalau kena bengkak susu...rasa macam nak demam pun yea...Atasinya dengan lecithin!!
tips yang sangat berguna buat breastfeed mommies. tq for sharing ye dear.
Ketahui Tips Anak Bijak Pandai
mmg pernah dulu kena bengkak susu ni...samapi demam2..
jom baca:Cara Nak Susu Badan Meriah
owh baru tahu rupanya lecithin boleh atasi bengkak susu. Thanks for sharing this info...
PETUA ATASI PERUT BUNCIT
nice sharing.. rupanya leci blh elak bengkak susu ye..
CARA HILANGKAN BINTIK HITAM DI WAJAH
setiap kali lepas bersalin ja mesti akan bengkak susu. banyak petua utk kurangkan bengkak susu nie..sambil2 t
makan lecithin. in sya Allah..
testimonial hebat omegaguard
Pernah merasainya semasa awal kelahiran bayi..
http://ninyfariza82.blogspot.com/2014/10/hemoroid-tau-buasir.html
Sangat tak sakit dan boleh menyebabkan demam.
kurangkan derita sakit gout
Gd info nih.. saya pun baru tau lecithin blh bantu bengkak susu.. ;)
Good info. Bagus untuk para ibu yang baru mula menyusu..
SUMBER MAKANAN PENAMBAH SUSU
susu bengkak mmg menyakitkan, boleh demam di buatnya, tq 4 info
Terima kasih atas info yang sangat bermanfaat sekali bagi saya.
Pernah demam sebab bengkak susu. Tak kenal lecithin lagi
info air ketuban yang mama perlu tahu
Pernah merasa demam akibat bengkak susu.. sakit yang amat sangat.Untuk redakan saya gunakan sikat
MINYAK IKAN BANTU KURUSKAN BADAN
Post a Comment