Friday 19 August 2011

salam Jumaat

Jumaat : 19 Ogos 2011 bersamaan 19 Ramadhan 1432 H



Sekejap je..tengok2 hari nie dah 19 hari kita berpuasa kan? cepat sangat masa berlalu sekarang nie..
daripada aku single, sekarang dah nak jadi mummy..tup2 tengok nati dah ada anak..erm masa berjalan begitu pantas sekali tanpa kita sedari..

Hari ni, jumaat buat pertama kalinya aku berbuka puasa keseorangan tanpa suami di sisi..huhu. (sebab dia ada dinner kat luar). yang sedihnya, wife tak boleh ikut..kalau tak jarang la en.suami tinggalkan aku tanpa sebab..
Tapi aku x kisah je bukak sorang2 pun, ada orang lain hampir setiap hari tak dapat berbuka bersama suami/isteri..yela tempat kerja jauh, kadang terpaksa berbuka dalam kereta jer..aku nie syukur alhamdulillah suami sentiasa di sisi. Orang cakap sayang anak pukul-pukulkan..sayang isteri tinggal2kan..pernah dengar x peribahasa (peribahasa ke ni?hehe) nie? yela kadang kalau kita berjauhan dengan suami buat seketika, perasaan sayang dan rindu akan semakin bertambah :).

Berbalik pada 19 hari sudah kita berpuasa..macam mana dengan persediaan raya? tapi sebetulnya sama2lah kita mengejar 10 malam2 terakhir nie..bayakkan berdoa dan beribadat (peringatan tuk diri sndiri jugak). jangan asyik pikir nak raya jer..aku hairanlah zaman sekarang..bila tiba tyme puasa jer, semua orang pkir tak sabar nak raya..sepatutnya pkirla nak tambahkan pahala di bulan puasa nie. ini tak, baru seminggu puasa, dah sibuk pasang lagu2 raya.

Alhamdulillah sekarang dah masuk 32 weeks preg, aku masih diberi kekuatan untuk berpuasa..nampak gayanya puasa penuh la aku tahun ni..yeayyy!! seronok2..moga2 diberi kekuatan untuk melaksanakan ibadah puasa pada tahun nie :) sebut pasal raya plak..dah buat kuih raya ker? baju raya suma dah beli ker? hmm..aku xbeli pun lagi..mungkin mnggu ni kot..tak kisah sangat..yang penting keutamaan untuk baby dalam perot nie..bayak barang lagi nk prepare..Semoga dipermudahkan segala urusan..AMIN..

banyak plak cerita kali nie..dah nama pun diari kan..luahan perasaan..hikhik



0 comments:

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik