Wednesday 1 February 2012

Kemanisan 2011

As salam..

Juz nak share..kemanisan yang saya rasai sepanjang tahun 2011..yela, pengalaman manis harus la sentiasa diingati dan dihargai kan?? Kalau yang burok pulak mesti kita tak mau ingat..kalo boleh nak lupa cepat2..tapi setiap kemanisan atau kepahitan yang kita alami semuanya takdir Allah..

Januari 2011disahkan pregnant selepas sebulan berkahwin..alhamdulillah syukur sangat2 ( en. Suami paling excited time ni..hihi). sepanjang pregnant 9bulan ni..memg best sangat2, Alhamdulillah tak ada alahan yang teruk..semua boleh makan..boleh jalan2.. Alhamdulillah Allah bagi kesihatan yang baik/cergas sepanjang mengandung ni..

Ogos first time berpuasa sebagai seorang isteri..dan berdikari sendiri (xblh malas2 nk bangun sahur dah..hu2). tiap2 hari pkir menu nak masak sepanjang bulan puasa ni..mintak resipi mak..google la, amik resipi dari kawan2 la..mcm2..yang penting hubby berselera makan mkanan yang wife dia nie masak..hehe

September first time jugak beraya berdua..raya kali jugak terpaksa bahagi dua..yelah dah ada dua umh kan sekarang ni (padahal bukan jauh pn..hihi). undi punya undi last2 keputusan berpihak pada en suami..raya tahun nie kena beraya umah MIL dlu..raya ke2 bru balik umah sendiri..sedih jgk..sebelum ni xpernah beraya berjauhan ngan family..tapi kehidupan harus diteruskan..(tiba2 jerk..haha). tak kisah jer..yang penting raya tahun nie sangat2 happy..tambah2 plak boleh makan apa saja b4 deliver(dlm 2 bln je lg)

October hmm yang ni paling sweet..11/10/11 lahir lah putera sulong kami..memang terharu sangat masa 1st time tengok anak sendiri..bermulalah episode baru dalam family..as wife n mummy  pengalaman deliver ada saya storykan dalam entry yang lepas..

Disember - Ulangtahun pertama kami sebagai suami isteri..syukur Allah beri kebahagiaan selama setahun nie..mudah2an kasih sayang akan berkekalan hingga ke syurga.. anniversary tahun ni tak sempat nak celebrate..hadiah2 bagai..sebab saya dalam pantang masa nie..n hadiah yang paling benilai of coz la lahirnya putera sulong kami :) tunggu next anniversary..nak tuntut double (blh plak kn?hihi)

KESIMPULANNYA..tahun 2011 memg tahun yang bertuah..yang manis bagi saya..SYUKUR ALHAMDULILLAH..semoga tahun 2012 juga memberi kemanisan yang lagi manis buat kami sekeluarga dan orang2 mukmin di dunia ini..aminn..

0 comments:

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik