Thursday 29 March 2012

yahhuu..Terengganu!!

Bismillahirramannirrahim..

Minggu lepas, niena dan family berkesampatan pergi bercuti ke Kuala Terengganu..akhirnya..setelah di plan dan plan..jadi jugakk ke Terengganu nie. Mulanya macam nak cancel jer even dah apply cuti, coz harith demam minggu tue..elok demam dah baik sikit, jadi pulak alergik kat kulit (naik macam kelopak garam)..penuh muka merah2, kesian sangat tengok..tapi bila dah pergi klinik, doctor cakap ok je kalo nak p jalan, xde effect apa2, so teruskan je la plan yang dah lama di plan nie..tawakkal jer mudah2an Allah permudahkan segala urusan kami..mudah2an harith tak meragam..
Hari pertama :jumaat
Setelah siap pastikan semua barang2 sedia dibawa, umah semua dah clear, lebih kurang jam 10 pagi kami bertolak..janji nak gerak jam 9 tapi biasala janji melayu kan..huhu. tapii..masa tengah nak masukkan barang dalam kereta, hubby perasan tayar belakang pancit..aduhaii..satu hal pulak nk kena panggil pomen mai tukar tayar..dah settle semua akhirnya kami bertolak dengan rasa girangnya..happy sangat nak ke KT ni..al maklumlah dah lama kot tak jejak kaki kat sana, almost 2 years..
Sepanjang perjalanan ok jer, harith pun ok, tido jer dalam kereta. Kami pun tak berhenti singgah mana2 sebab perut pun kenyang lagi..jalan pun ok, lengang jer maybe sebab hari bekerja kot, orang pun tak ramai lagi yang balik ke pantai timur..hubby apa lagi speed sakan la..tapi kena berjaga..’AWAS PERANGKAP LAJU”..huhu. sepanjang warning tue dalam 2-3 kali akhirnya nampak jugak bawah jambatan..seseorang sedang skodeng by teropong..hihi. hubby memg dah slow..nasib baik, kalau tak free je 300 pulak..


Sampaila keluar ke LPT lebih kurang jam 2petang, berhenti sekejap (salin pampers harith, p toilet)..kami meneruskan perjalanan. Lebih kurang 2 jam perjalanan, perut mula bernyanyi..”ayang lapaq x? abg lapaq nie..” kami pun slow la kereta untuk cari kedai2 makan yang menarik perhatian..tapi sepanjang jalan dari kemaman ke dungun tiada satu pun gerai/kedai makan yang bukak!! Aii tadi masa kenyang lagi bukan main banyak pulak kedai makan dok jumpa..last jumpa la medan selera kat mana ntah nama tempat nie..niena makan nasik goring, hubby pulak makan nasi ayam..harith pulak, pekerja kedai nie tolong pegangkan, nasib baik la jugak, boleh la umi dengan abah makan bersenang lenang..hihi. 
selepas makan, terus solat, kebetulan situ ada tandas n surau sekali.
Perjalanan diteruskan kembali..bila la nak sampai nie..rasa lama plak..huhu. hubby lagi la tak sabar2 nak sampai ke KT. Lebih kurang dalam pukul 6ptg kami sampai ke KT, sambil slow jalan nak cari tempat menginap plak. Hubby cadangkan stay kat2 dengan unisza jela, senang nak ambik antar adik nanti. Akhirnya cari punya cari jumpa la DARA INN kat Teluk Ketapang (1mlm rm100 :kira ok la). Hubby punya la excited tengok pantai teluk ketapang memang dah 100% berubah!!orang pulak ramai gila, kebetulan paso malam hari tue..


Malamnya..xde aktiviti apa sangat..lepas magrib p ambik adik kat hostel unisza, apa lagi..pekena GELAS BESAR lah!! Dah lama sangat nak makan ni..hehe. tapi yang peliknya, kedai tak berubah2 dari masa kami study dulu sampai la sekarang..dh 3 tahun kot..
Badan pun dah letih, balik jer bilik terus LENAAAAAAAAAAA..:)

Sambung aktiviti esok plak yer..


0 comments:

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik