Tuesday 15 July 2014

Adakah Ibu Hamil memerlukan Supplemen?


Adakah ibu hamil perlukan supplemen/vitamin?

Jika ditanya pada saya, semestinya saya akan menjawab YA. Sebagai ibu yang hamil, sudah tentulah kita mahukan yang terbaik buat anak yang dikandung di dalam perut. Setiap ibu juga mesti menginginkan anak yang bakal lahir nanti sihat, aktif dan bijak. Bagi saya, selain daripada amalan rohani yang wajib ibu hamil amalkan sepanjang tempoh kehamilan, supplemen/vitamin juga penting dalam membentuk anak yang bijak dan aktif. Selain daripada itu, supplemen/vitamin juga membuatkan ibu hamil kekal aktif dan bertenaga


Vitamin dan supplemen untuk ibu hamil memberi nutrient, dimana badan anda perlukan untuk mengekalkan kesihatan anda. Anda boleh mendapatkan vitamin melalui makanan seperti buah-buahan, sayuran, susu, daging, ikan dan sebagainya.

Ia mungkin sukar untuk sesetengah orang untuk mendapat vitamin dan mineral yang mencukupi dalam pemakanan harian mereka terutamanya ibu hamil. Oleh itu, multivitamin dan supplemen untuk ibu hamil dirumuskan khas yang mengandungi pelbagai vitamin dan mineral, asid folik, besi, kalsium dan DHA adalah amat penting untuk keperluan seharian ibu hamil.

Apakah vitamin dan supplemen yang penting untuk kesihatan ibu hamil?

Asid Folik (folic acid)

  • Membantu mencegah kecacatan kelahiran otak dan saraf tunjang. Ia juga boleh melindungi ibu hamil terhadap kanser dan strok

  • Ibu hamil perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 600 mg setiap hari dari makan dan vitamin tambahan



Besi (Iron)

  • Besi membantu perkembangan otot-otot kepada ibu hamil dan bayi

  • Ia juga membantu mencegah anemia (sel-sel darah merah terlalu kecil dan terlalu sedikit)

  • Besi juga boleh mengurangkan risiko kelahiran pramatang dan berat kelahiran yang rendah


Kalsium

  • Kalsium membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat untuk ibu dan bayi

  • Ia juga membantu system saraf, otot dan mengekalkan system oeredaran darah yang sihat

  • Jika ibu hamil tidak mendapat kalsium yang mencukupi dari makanan, badan akan mengambil kalsium dari tulang ibu dan memberikannya kepada perkembangan bayi

  • Dari masa ke semasa, kekurangan kalsium dalam tulang boleh menyebabkan kesihatan yang serius seperti osteoporosis, tulang nipis, dan meningkatkan risiko tulang pecah



Asid docosahexaenoic (DHA)

  • DHA juga dikenali sebagai asid omega 3 lemak. Ia membantu dan menyokong perkembangan saraf otak dan mata bayi

  • Ibu hamil perlu mendapatkannya sekurang-kurangnya 200 mg DHA setiap hari.

 sumber : ibu-ibu.com


Kebanyakan supplemen/vitamin yang dinyatakan diatas ada dalam SET MENGANDUNG SHAKLEE


Amalina,
Pengedar Shaklee Anda
012-4341649



Berminat?? Hubungi saya Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) atau emel ke mellyna35@yahoo.com Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

2 comments:

Unknown said...

salam amalina...akak datang ziarah hari ni...

Unknown said...

tq k.ieda..nti sy ziarah akak plak:)

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik