Sunday 5 October 2014

Beraya di Perantauan

Assalamualaikum..

Selamat menyambut aidil Adha. Saya pasti mesti meriah kan kat tempat anda? Sanak saudara berkumpul, berjumpa, bermaafan. Dan yang paling best kalau raya, mesti ada makan macam-macam kan? Saya ingat lagi, raya korban tahun lepas alhamdulillah saya dan suami sempat melakukan korban, tengok lembu disembelih. Tapi saya tengok gitu-gitu je, bukan takut ke apa, cuma rasa kesian dan sedih tengok lembu tu dari diorang tarik paksa untuk duduk, sampai lah saat-saat dia kena sembelih..huhu. Tapi tak baikkan kalau kita rasa sedih, lembu itu kan nak buat korban, korban kan satu ibadah. Bukan tengok lembu kena sembelih je saya rasa sedih, tengok ayam pun saya sedih tau. Sensitip betul. Bak kata suami saya, sedih tengok, tapi time makan daging binatang yang kena sembelih tu tak ingat sedih pulak..haha kan dah kena. ;)

Tahun ni, buat pertama kalinya saya suami dan anak-anak beraya di perantauan. Seumur hidup saya, inilah pertama kali raya tak balik kampung tau. Anak manja kot dulu-dulu, mana pernah tak balik. Tapi sekarang dah ada suami, anak-anak, kenalah berdikari kan, ikut suami. Buat pertama kali jugak raya korban tahun ni kami duduk rumah je sepanjang hari. Buat pertama kali jugak raya korban saya suami dan anak-anak hanya pakai baju tshirt di dalam rumah. Buat pertama kali jugak raya raya aidil adha kami tanpa ketupat lemang. Buat pertama kali jugak raya kami tanpa makan daging cicah rebus air asam (kedah memang terkenal daging rebus cicah). Berapa banyak pertama kali daa..

Tapi semalam kami buat jugak makan-makan, panggil pekerja-pekerja yang sama-sama tak balik kampung makan bakar-bakar. Bila sibuk di dapur buat pelbagai lauk, rasa lah jugak macam nak raya.
Hari ni raya, cuma suami yang pergi solat Aidil Adha. Saya dan anak-anak memang duduk di dalam rumah je tak keluar langsung. Tak tahu nak pergi beraya ke mana. Orang kat sini pun takde pulak jemput makan-makan kat rumah macam kat tempat kita. Mungkin lain kot cara lebaran disini dengan perayaan di tempat kita. Lagipun kat sini saya lihat jarang diorang buat korban, kalau buat pun kebanyakkannya diorang mengorbankan kambing, jarang-jarang korban sapi (lembu). Suami cakap kebanyakkan orang sini susah, jadi diorang tak mampu nak buat korban mahal-mahal, yang mampu pun kambing jer. Taraf hidup sini masih ok dibandingkan ada sesetengah tempat lain di Indonesia yang sangat miskin. Tadi tengok berita, di awa Barat kalau tak silap, berebut-rebut mereka nak ambil daging korban yang diagihkan sampai ada yang cedera terpijak,huhu. Syukurlah saya jadi rakyat Malaysia.

Menu raya kami pun simple jer satay, bihun sup, kek marble. Tapi saya post gambar yang sebelum dimasak sahaja, dah siap masak, dah makan tak ingat nak snap gambar..haha.



 Gambar raya family pun takda tahun ni, dah baju raya pun tak pakai, takkan nak bergambar berbaju tshirt je kan..hihi


Salam Aidil Adha dari kami di perantauan =)



Salam Aidil Adha dari kami,
Belitung, Indonesia



::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

0 comments:

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik