Thursday 16 October 2014

Bila Haid Datang Lambat

Risau kan bila haid datang lambat?
Dalam hidup seseorang wanita terutamanya bagi wanita berkahwin, apabila lambatnya datang haid perkara pertama yang terlintas di fikiran semstinya adalah "adakah aku hamil?". Pada yang memang merancang untuk hamil memang seronoklah kan, apabila sudah terlebih tarikh akhir haid bulan lepas, memang mengharapkan ada berita baik. Tapi sebaliknya pula bagi yang masih merancang, terutamanya yang anaknya masih kecil. Apabila sudah lebih tarikh tapi haid belum datang, mesti diselubungi perasaan bimbang. Bimbang-bambang takut lekat lagi =). Tapi saya percaya, bagi suami isteri yang walaupun merancang, dan ter'eksiden' pregnant sekalipun, mereka akan menerima rezeki dengan hati terbuka. Dah rezeki kan.

Memang benar kehamilan merupakan sebab utama tidak datang haid. Oleh itu langkah pertama ialah anda haruslah buat ujian kehamilan dengan menggunakan alat ujian UPT yang biasa dijual dimana-mana kedai farmasi. Anda boleh mengujinya dengan air kencing seeloknya air kencing pertama selepas bangun dari tidur. Seeloknya ujilah apabila haid anda sudah lewat 5 hari atau lebih untuk lebih ketepatan tetapi ada juga yang boleh sahkan kehamilan dengan ujian UPT lebih awal lagi. Ujian ultrasound scan boleh kesan karung kandungan bila haid anda sudah lewat seminggu.

Selain daripada kehamilan yang menyebabkan haid anda datang lambat, gangguan hormon juga boleh menyebabkan haid anda datang lambat. Apakah sebab yang boleh mengganggu hormon?

Paling utama ialah stress fizikal ,emosi dan mental yang kebelakangan ini banyak melanda kaum wanita. Stress ini mungkin dicetuskan di tempat kerja, kawan-kawan , jammed dijalan raya ketika memandu kereta, tekanan daripada kalangan ahli keluarga dan lain-lain lagi. Hormon stress memang mengganggu hormon subur yang mengawal kitaran haid, menyebabkan lambatnya datang haid.

Gangguan hormon juga boleh disebabkan dari peningkatan berat badan secara mendadak. Ramai wanita cepat naik berat badan sejurus mereka kahwin. Apabila sudah ada teman, makan pun lebih berselera dan tidak boleh dikawal dan kegemukan memang boleh ganggu hormon menyebabakan kitaran haid terganggu.

Makanan-makanan segera, 'fast dan junk foods' yang sangat popular sekarang juga boleh mengganggu hormon wanita kerana makanan tersebut mengadungi banyak bahan pengawet, perisa dan pemanis. Kebanyakkan makanan tersebut juga mengandungi banyak karbohidrat dan gula yang mudah menyebabkan kegemokkan/obesiti. Anda disarankan menjauhkan makanan tersebut jika ingin hamil dan gantikan dengan makan lebih buah-buahan dan sayuran.

Lambat datang haid juga mungkin disebabkan gangguan haid dalam umur 40an iaitu sekitar umur 'perimenopause' , atau putus haid. Bila sampai umur demikian wanita sering tidak subur dan telor tidak menetas/ovulation. Tiada ovulation bererti tiada pengeluaran hormon progesterone dan keadaan ini mengganggu imbangan hormon yang boleh menyebabkan berbagai jenis gangguan haid termasuk lambat datang haid.

Dan yang palin penting, apa yang ditakuti dalam hal ini ialah kelambatan datang haid yang disebabkan oleh penyakit. Penyakit yang paling sering berlaku ialah 'Polcystic Ovary Syndrome' atau PCOS yang sering juga menyebabkan kemandulan. Follikular cyst iaitu karung telur yang tidak pecah waktu ovulasi (hari ke14-15) juga boleh menyebabkan tidak datang haid, tapi cyst ini akan pecah dengan sendiri bila sampai saiz 5 cm atau lebih dan kandungan cyst iaitu air akan diserap badan.

Lain2 penyakit termasuklah tumbuhan kanser ovari. Oleh itu sangat penting wanita yang kelewatan atau tidak datang haid untuk buat ultrasound scanning iaitu melalui perut atau vagina untuk mengesan cyst atau tumbuhan yang merbahaya.

Sumber



Bagi anda yang mengalami ketidakseimbangan hormon atau kitaran haid yang tidak teratur, anda boleh mencuba supplement Shaklee GLA COMPLEX




Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Pengedar Shaklee Anda
ID 1065850
Facebook : Amalina Ahmad
SMS | WhatssApp : 012-4341649
Emel : mellyna35@yahoo.com
FB Page : https://www.facebook.com/Natural Supplement



::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

2 comments:

Ain Ridzuan said...

Zaman sekarang ni memang banyak masalah hormon ni. macam takut lak rasanya..

akmal rusydi said...

Bila hadi tidak teratur memang susah untuk kita merancang kehamilan. Haid tidak teratur disebabkan adanya gangguan pada hormon seseoramg wanita itu.

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik