Thursday 9 October 2014

Kelebihan mandi sebelum subuh

Amalkan mandi awal pagi untuk kesihatan
Korang perasan tak, mak-mak,nenek-nenek kita mandi pagi jam berapa? Bila matahari dah naik ke baru diorang mandi ek? Yang saya perasan, nenek, mak abah saya pagi-pagi bangun subuh terus bunyi air mandi. Diorang memang dah biasa dan amalkan mandi awal pagi, gelap-gelap lagi dah mandi, air perigi pulak tu. Bayangkanlah sejuknya macam mana, sehingga ke tulang kot. Sebab itulah nenek dan orang-orang tua dahulu cergas, kuat dan bertenaga walaupun usia dah lanjut. Macam nenek saya, walaupun umur sudah 80 lebih tapi masih mempunyai tenaga yang kuat. Boleh lagi berjalan kaki ke ke rumah mak abah saya yang jaraknya hampir 500 meter! Sakit pun sikit-sikit sekadar lenguh kaki je kadang-kadang. Sebelum ni memang kerja kuat, boleh lagi bela lembu, tarik lembu makan rumput di belakang rumah. Kita tengok macam senang, tapi cuba tarik lembu tu tengok, silap-silap kita yang tersungkur jatuh dulu kalu lembu tu tak nak jalan. Mungkin sebab nenek saya amalkan mandi subuh, tu yang badan kuat dan cergas je.

Jom kita tengok apa kelebihan lain mandi sebelum subuh

 1. Kulit lebih lembut dan halus
Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

Lepas ni jum lah kita sama-sama amalkan mandi subuh, termasuklah saya sendiri yang liat nak mandi subuh, takut sangat sejuk. haha. Mandi air sejuk ye kawan-kawan, guna water heater tu tak aci tau. Macamana, ada berani?? ;) Gurau-gurau je noh.. Peace!!


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

2 comments:

Nila Anggraini said...

mandi sebelum waktu subuh memnag baik untuk kesihatan kita...tapi sebagian dari kita enggan untuk mndi sebelum subuh , dikarenakan alasan sejuk dan malas.

Ummi said...

segar betul kalau mandi awal-awal pagi..berbanding mandi masa dah siang.

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik