Monday 20 October 2014

Kenduri Kahwin di Belitung

Khemah pendaftaran
Pada hari minggu yang lepas (Ahad), rupanya orang Indonesia tak panggil hari Ahad kan, diorang panggil hari minggu. Sebab dulu saya pernah tanya dekat sini sekolah cuti hari apa, jawab jiran saya tu, hari minggu je cuti. Saya dok bayangkan hari minggu diorang Sabtu dengan Ahad lah macam kat tempat kita, rupanya hari Ahad di Malaysia, hari minggu disini..hihi. Ok berbalik pada hari minggu (kemarin dulu) saya berkesempatan pergi ke undangan majlis perkahwinan dekat Belitung ni. Ni first time saya pergi majlis kawen dekat sini, sebelum ni memang nampak je lalu tepi jalan, nampak khemah, nampak simbol daun kelapa (menunjukkan adanya majlis kahwin). Dan yang pasti akan nampak pentas dan orang menyanyi. Memang dekat sini apabila majlis kenduri kahwin je mesti ada live band sekali, dan yang selalunya memang lagu dangdut la! Menurut suami, kalau tempat tu penuh orang , siap ada jual-jual lagi tu maknanya undangan penyanyi tu kira penyanyi yang hebat dan mahal la bayarannya, kira taraf artis Belitung lah. Bayangkanlah penyanyi dangdut macamana, ada setengah tempat kenduri tu, sampai kita tak sanggup tengok 'gelek' diorang. Mungkin bagi masyarakat disini sudah biasa macam ni, tapi bagi saya dan suami memang tak lalu lah nak tengok, huhu.


Tapi kenduri yang kami pergi semalam ok sikit, keluarganya agak islamic sedikit. Islamic sini pun tetap ada band nyanyi-nyanyi tapi tak dalah sampai dangdut, hanya nyanyi lagu-lagu balada biasa je. Tapi penyanyi perempuannya memang tak sah kalau tak berskirt paras lutut. Sekali tengok suasana dekat sini, macam zaman malaysia 90an dulu-dulu. Tengok dekat kad jemputan, majlis bermula jam 2 petang, tapi kebetulan sampai awal lalu dulu di rumah kenduri kawin tu, memang takda orang lagi, patutlah suami kata selagi tak pukul 2 tak boleh masuk,hihi. So kami pun pusing-pusing je jalan-jalan di pantai dulu sementara tunggu jam 2. (Belitung memang terkenal dengan pantainya yang cantik!)

Dalam jam 2 lebih kami pergi semula ke rumah kenduri tu, memang dah kelihatan tetamu yang turut sama datang. Dekat sini macam tempat kita juga, kena masukkan duit dalam sampul lepastu masukkan dalam kotak yang disediakan masa mula-mula kita masuk di bahagian menyambut tetamu. Masuk je tempat sambut tetamu, setiap orang yang dapat undangan tu wajib sign dulu dalam buku kedatangan, ala-ala macam register majlis kat hotel pulak. hihi. Selepas register tu terus bersalam-salaman dengan ibu bapa pengantin dan pengantin yang duduk diatas pentas persandingan. Ala macam dalam cerita sinetron dekat tv tu. Lepas dah bersalam salam semua baru lah pergi makan.

Makanan pulak memang macam-macam. Kat sini tak macam tempat kita yang disediakan meja makan, hanya ada kerusi sahaja bersusun. Tempat mengambil makan pulak ala-ala macam pondok gitu, banyak jugak pondok makanan disitu. Ada pondok nasi uduk (ala-ala nasik lemak), lupis (macam kuih lopes kita tapi bentuk macam ketupat palas), satay, bakso, siomay, empek-empek (macam kerokok lekor). Macam-macam jugak kuih muih yang ada kat sini. Suami ambil bakso, satay, kuih lupis, nasi uduk. Kami makan kongsi-kongsi jer, rasa serba sedikit. Bila lagi nak merasa makanan kenduri kat sini kan. Yang pasti makanannya enakkk sekali!

Nasi Uduk

Teh Botol wajib!



Menurut kawan suami yang jemput ni, acara kenduri sebenarnya sudah bermula jam 10-12, tetapi untuk jiran-jiran dan sedara mara dekat sahaja. Lepastu jam 2 sampai jam 5 petang pulak acara untuk tetamu jemputan dari luar kawasan, kira yang ni tetamunya agak special sikit. Sebab tulah yang datang semua wajib bawak kad jemputan, kira macam tetamu khas la. Lama jugak kami makan, mana taknya hampir semua makanan kami cuba..eh bukan kami, saya..haha. Seronok jugak dapat merasa kenduri di tempat orang kan =)


 ** Teringat kenduri kahwin dekat sik, gulai daging batang pisang!
Nasib baik balik cuti bulan 11 ni musim kenduri =)

::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

1 comments:

akmal rusydi said...

negara berbeza, adat berbeza, budaya pon berbeza,

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik