Saturday 4 October 2014

Pengorbanan di Aidil Adha


 Lagi beberapa jam kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha, yang merupakan hari kebesaran yang disambut oleh umat Islam di seluruh negara. Setiap orang mempunyai maksud yang tersendiri mengenai "korban". Ada yang korban tak cuti, tak balik kampung, ada yang korban masa, macam-macam lagilah. Jom kita fahami erti sebenar Hari Raya Korban/Haji/Aidil Adha

Hari Raya Aidil Adha juga disebut Hari Raya Haji kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan Haji di mekah, iaitu menunaikan rukun Islam kelima. Di samping itu, Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya korban kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.

Hari Raya Aidil Adha sebenarnya hari yang memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim as mengorbankan anaknya, dengan menyembelih anaknya sendiri iaitu Nabi Ismail a.s. kerana taat kepada perintah Allah swt. Namun disebabkan ketaatan Nabi Ibrahim menjalankan perintah Allah, Allah telah menggantikan seekor binatang kepadanya. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh ALLAH sebagaimana firman ALLAH S.W.T:

"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.

Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (KAMI sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah KAMI). Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian."
– Surah al-Soffaat: 101-108.

Rentetan dari peristiwa ini, saban tahun ketika merayakan hari raya Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-bintang korban lalu mengagih-agihkannya kepada golongan yang kurang bernasib-baik seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi.



Salam Aidil Adha =)



Untuk lebih details boleh baca disini



::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

0 comments:

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik