Wednesday 22 October 2014

Khasiat Taugeh



Menu sayur taugeh campur tauhu, merupakan satu hidangan yang menyelerakan bagi saya. Tapi ada jugak sesetengah orang memang tak suka makan sayur taugeh ni. Saya pun pelik kenapa, padahal bukannya rasa pahit pun macam sesetengah sayur yang lain. Taugeh biasanya dicampurkan dalam bihun sup, bihun goreng, masakan mee, bahkan dalam cucur udang pun ada diletak taugeh. Saya ingat lagi, ada kawan saya yang memang tak makan langsung taugeh ni. Pantang nampak mesti akan diasingkan. Sanggup asingkan taugeh letak tepi masa makan mee hoon sup. Orang belah pantai timur panggil taugeh ni cambah kan? =)
Tahukah anda yang sebenarnya taugeh ini mempunyai banyak khasiat dan kelebihan?


Lebih Subur
  • Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Cegah Kanser
  • Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan punca kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.



Baik Untuk Wanita
  • Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus

Kurangkan Lemak
  • Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450%. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau 'lemak jahat' LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
  • Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas. 
 
Lebih Muda
  • Tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Buang Kotoran

  • Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser. Apabila kotoran segera meninggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.
 Credit



::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

3 comments:

Unknown said...

tauge og tauge.hehe. sy tak suka makan ni.hee

salam kenalan :)

Nila Anggraini said...

Kami sekeluarga suka makan tauge...kadang masak ngan twpung jadikan cucur sayur. Memang sangat sedap dan juga tentunya kaya akan vitamin.

Unknown said...

rugi la tak makan tauge..sedap ni ;) banyak khasiat pulak tu

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik