Tuesday 14 October 2014

Tips untuk Menghadapi dan Menangani Stress (Tekanan)

Tensionnya!! Stressnya!!
Tekanan atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa tegang fizikal, emosional dan psikologi. Ia sebenarnya adalah perkara biasa yang dialami oleh semua insan, sama ada berkaitan dengan kerja, keluarga, stress dalam membuat keputusan, masa depan, bahkan dalam percintaan juga ada tekanan (stress). Tekanan adalah fizikal serta mental. Sebagai respons kepada tekanan harian , badan kita secra automatik menambahkan tekanan darah, denyutan jantung, pernafasan, metabolisme dan aliran darah ke otot. Respons ini bertujuan untuk membantu badan anda bereaksi secara pantas dan berkesan terhadap sesuatu keadaan yang tegang.

Bagaimanapun, apabila anda sentiasa bereaksi terhadap kedaan yang banyak tekanan (stressful), sama ada kecil atau besar, tanpa membuat penyesuaian fizikal, mental, dan emosional bagi menangani kesannya, maka anda boleh mengalami tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan, kesejahteraan, tenaga, kecerdasan dan hubungan peribadi dan profesional anda. Lantaran itu, anda perlu memahami unsur-unsur utama yang boleh membawa tekanan dalam kehidupan anda dan mengambil tindakan untuk mencegahnya. 

Ada juga tekanan yang memberikan keputusan yang positif. Misalnya anda perlu sedikit tekanan untuk membuat kerja anda dengan cemerlang.Cara yang terbaik untuk menangani tekanan ialah untuk membasminya. Misalnya, jika anda tahu anda mempunyai alergi terhadap kain bulu biri, anda harus hentikan memakai pakaian itu. Maka dengan itu tekanan anda akan hilang. Jika tekanan anda adalah disebabkan oleh sesuatu keadaan,  anda perlu mengubah tekanan anda kepada satu motivator dengan memandang sesuatu keadaan secara positif.

Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan tekanan dan tegangan antaranya:

1) Senaman Pernafasan
Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan mententeramkan minda kita. Tarik nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan penuh . Semasa menghadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk mengekekalkan keadaan tenang. Senaman pernafasan sangat berguna kerana ia boleh dibuat di mana- mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. Kita hendaklah menjadikan senaman sebagai satu tabiat harian.

Doa ketika stress

2) Tafakur (Meditation)
Apabila bertafakur bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak anda menjadi tenang dan hormon tertentu yang memajukan kesihatan dibebaskan. Minda yang senang dan lega membantu kita mengelakkan tekanan jiwa. Setiap hari kita perlu membelanjakan sekurang-kurangnya lolima belas minit untuk bertafakur. Sebagai orang Islam, adalah digalakkan sentiasa mengambil wudhuk, solat atau membaca al-Quran, bersujud kepada Allah sekiranya kita menghadapi tekanan. Amalkan doa untuk mengawal strees anda

3) Penggambaran (Visualization)
Penggambaran atau visualization membantu anda membayangkan anda mencapai tujuan dan cita-cita anda seperti menjadi sihat dan berasa tenang, menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan baik dan menangani situasi konflik secara berkesan. Selain daripada itu, ia juga dapat membayangkan anda membuat kerja yang anda minati dengan cemerlang sebenarnya berfungsi sebagai latihan fizikal. Jadi, anda boleh menambahbaikkan prestasi anda melalui penggambaran (visualization)

4) Pengurutan (Massage)
Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia juga menambahkan kecerdasan minda kita. Minta sahabat anda memberi massage atau dapatkan khidmat seorang professional bagi membantu anda. 

5) Kelegaan otot
Berbaring, bersenang-senang dan dan membiarkan otot anda di muka, tangan, bahu dan leher mengendur sekuarang-kurangnya tiga minit. Latihan ini boleh dibuat mana-mana sahaja dan ini boleh membantu anda berasa tenang dengan cepat dan mudah.

6) Muzik
Terapi muzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. Anda perlu memilih muzik ringan dan yang anda sukai dan denganya setiap hari. 

7) Pengurusan Masa
Kenal pasti kerja harian anda mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya anda dapat menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa melengah-lengahkan. Kena lpasti juga kerja yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gossip kosong, perbualan telefon dan yang membazirkan masa anda. Selain daripada itu, anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti atau bermain dengan anak-anak, berjalan sekurang-kurangnya dua kilometer sehari, pergi berenang di sungai atau pantai, tidur lapan jam setiap malam,menonton rancangan kegemaran seperti kartun, (komedi) atau baca komik (kerana mengikut pakar perubatan gelak ketawa dan kelucuan melegakan otot, mengurangkan tekanan darah, menambahkan tahap tenaga, dan menyegarkan sistem pernafasan dan darah kita).

B Complex mengawal stress
 
Anda juga boleh mengambil supplement untuk mengawal dan mengatasi stress (tekanan) iaitu B COMPLEX. Bagaimana B Complex membantu menangani stress?
  • Vitamin B1 - menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma
  • Vitamin B2 - Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.
  • Vitamin B3 - Membantu mengurangkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental
  • Vitamin B5 - Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang
  • Vitamin B6 - Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi.
  • Vitamin B9 - Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter ; aktiviti mengurangkan depresi didalam badan
  • Vitamin B12 - Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram

Harga : Rm 53.75
120 biji
Tahan 4 bulan

Nak jimat dan dapat harga diskaun 15-20%?



Hubungi saya untuk maklumat lanjut!
Pengedar Shaklee Anda
ID 1065850
Facebook : Amalina Ahmad
SMS | WhatssApp : 012-4341649
Emel : mellyna35@yahoo.com
FB Page : https://www.facebook.com/Natural Supplement



::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

1 comments:

iR Zainul said...

setuju sangat dgn yg no 1 tu. i release my stress mainly masa tengah exercise. lagi stress lagi laju rasa nak lari! haha! ala2 "turn your stress into productive mode"

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik