Saturday 11 October 2014

Misi 40 hari Berakhir Dengan Jayanya

Bismillahirrahmanirrahim..

 
Alhamdulillah semalam, 10/10 merupakan hari terakhir saya dan kawan-kawan dalam Misi 40 hari. Kira macam hari tamat belajar lah ni. Ya, memang dalam masa 40 hari ini banyak sangat saya dan kawan-kawan belajar terutamanya tentang blog dan amalan rohani, itu yang utamanya. Apa itu Misi 40 hari? Haa hanya yang terlibat sahaja yang mengetahuinya. Sebenarnya dalam misi ini, kami seramai 69 orang pada awalnya diberi tugasan dan peraturan yang tertentu yang harus dibuat.Jika dalam sehari tu 'master' yang merupakan ketua dalam misi 40 hari ni cek tiada tugasan yang sepatutnya, anda akan di'kick' serta merta. Tiada rayuan ok. Memang kedegarannya agak militan kan..hehe. Daripada 69 orang yang join mula-mula, semakin hari semakin susut, dan akhirnya selepas 40 hari hanya tinggal 44 orang sahaja yang bertahan! Dan saya salah seorangnya! Macam tak percaya pulak.

Apa cabaran dan tugasannya?

Dalam masa 40 hari ini, kami semua diwajibkan untuk membuat dan mengupdated entry dalam blog sebanyak 2 entry setiap hari! Selepas itu kami wajib laporkan dalam satu dokumen yang disediakan selewat-lewatnya jam 11.30 malam. Selepas dari 11.30 malam tu kalau master chek tapi tak ada, siaplah anda akan dikick serta merta! Gerun kan?haha. Selain daripada kena updated blog dua entry setiap hari, kami juga diajar amalan rohani seperti melakukan solat dhuha dan solat tahajud. Saya yang sebelum ni memang dah lama 'tidur mati', alhamdulillah sejak mengikut cabaran ini dapat bangun tengah-tengah malam untuk melakukan solat tahajud.

Memang pada mulanya kita rasa macam terpaksa tapi percayalah bila dah niat dalam hati lama-kelamaan kita akan jadi biasa, dan peraasan menyesal kalau dah terjaga tapi tak melakukan solat tahajjud. Solat Dhuha pun saya amalkan setiap hari kecuali uzur dan jika dalam perjalanan ke mana-mana yang membuatkan tak sempat nak buat. Dulu saya tak ingat tau doa dhuha tu, tapi masuk cabaran ni alhamdulillah dah boleh hafal.

Saya yang pada mulanya langsung tah tahu dan tak reti pasal blog, dalam cabaran 40 hari ini saya banyak belajar tentang blog dan tentang fungsi-fungsu dalam blog ni. Kalau tak sebelum ni tulis main hantam jer. Sebenarnya banyak jugak cabaraan nak habiskan misi ni, yelah kadang-kadang internet buat hal, kejap dapat kejap hilang. Tapi alhamdulillah kawan-kawan dalam group saya ini sangat membantu dan supporting. Semuanya saling bekerjasama dan tolong antara satu sama lain. Eh, kami sebenarnya tak pernah berjumpa, bersua muka tau. Tapi bile bersembang tu seolah macam sudah kenal lama, kerana kami sama-sama mahu BERJAYA!
Hubungan dah macam adik beradik

Tugasan yang WAJIB buat


Kesan yang saya dapat?

Selepas mengikuti cabaran 40 hari ni saya lebih menghargai masa dan menguruskan masa. yelah dengan kerja rumah dan anak-anak yang kecil, kalau setengah orang cakap tak boleh nak buat bisness, tak boleh nak buat kerja bila anak asyik nak berdempek duduk atas riba je kan. Ya saya juga macam tu, tapi kenalah pandai urus masa, sehari kita ada 24 jam pandai-pandai lah urus.
Tiada lagi  rilek-rilek bersantai tengok sinetron kat tv, tiada lagi sembang-sembang dan gossip dalam kumpulan whatsapp. Sebabnya memang dok pulun dok buat blog je kan, selagi tak siap tugasan selagi itulah tak senang duduk. Selain daripada itu, amalan rohani memang nampak perubahan sangat. Semoga saya istiqamah! Sebenarnya saya pun tak percaya boleh habiskan cabaran 40 hari ni, syabas untuk diri sendiri =)

semoga istiqamah




Jum sertai Group JUTAWAN kami!


**Group yang saya maksudkan adalah group SHAKLEE saya
Sertai group kami kerana anda akan diajar dari ZERO to HERO!
Penting tau memilih group yang betul supaya anda tidak terkontang kanting keseorangan!




Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
ID 1065850
Facebook : Amalina Ahmad
SMS | WhatssApp : 012-4341649
Emel : mellyna35@yahoo.com
FB Page : https://www.facebook.com/Natural Supplement






::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

1 comments:

Syaidatul Nadia said...

Yang pastinya kejayaan tidak akan dicapai tanpa usaha dan istiqamah. Semoga berjaya!

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik