Sunday 12 October 2014

Happy 3 Years Anakanda Ahmad Harith Akhtar


Semalam 11 Oktober genaplah anakanda kami yang sulong, Ahmad Harith Akhtar 3 tahun. Dah 3 tahun pun abang, cepat sungguh masa berlalu. Ingat lagi time nak bersalinkan Harith, ummi kena induce sebab dah lebih hari tapi Harith takmau keluar lagi, masih syok dok kat dalam perut lagi agaknya. Walaupun ummi kena induce dua kali, tapi Allah permudahkan urusan bersalin Harith, ummi sakit tidak lama macam orang lain yang nak bersalinkan anak pertama. Hanya selepas beberapa jam kena induce, masuk labor room terus bukaan dah 8cm dan terus boleh bersalin, alhamdulillah.

Sekarang Harith dah 3 tahun, dah jadi abang pun. Sebenarnya baru 3 tahun Allah amanahkan ummi dengan abah jaga Harith dan Afnan, anak syurga kami. Memang kadang-kadang perangai Harith sangat menguji kesabaran ummi dan abah, tapi kami sentiasa cuba bersabar dan layan karenah Harith. Biasalah sekadar marah dan pukul-pukul manja tu, abah dengan ummi bukan marah Harith, tak bermaksud pun nak sakiti Harith tapi kadang Harith selalu menguji kesabaran ummi dengan abah, selalu merap, kadang-kadang mengusik adik, kadang-kadang seharian tak duduk diam, ada jer kerja yang dibuatnya.

Ummi tau Harith anak yang baik, mungkin Harith agak nakal dan kuat menangis kecik-kecik, mana tahu besar nanti nak jadi hafiz quran kan, sebab suara Harith kuat sangat kalau menangis..hehe. Harith abang yang baik pada Afnan, tak pernah pun buat adik, cubit adik. Cuma kadang-kadang je kalau ada mainan baru Harith nak kawal kat dia sorang jer. Sebab tu sekarang apa-apa mainan pun mesti abah beli dua,dua-dua sama jadi senang tak berebut. Tapi Harith sayang adik dia, takut sangat kalau nak bersiap kemana-mana mesti cepat je dia ajak adik, takut adik kena tinggal. Pantang orang lain dukung adik pun dia tak bagi. Orang tak ambik aih adik abang tu=)

Semalam dah masuk tiga tahun, harith dah lancar bercakap walaupun kadang-kadang keluar jugak bahasa 'jerman' dia tu, pening ummi nak faham.hihi. Harith dah free diapers, dah pandai bagitau dan lari ke bilik air sendiri kalau nak kencing. Cuma time nak poo poo je tak pandai nak buang dalam toilet lagi. Time rasa nak poo poo je suruh ummi pakaikan dia pampers, nak membuang dalam tu..haha. Tidur malam pun masih pakai pampers kadang-kadang kalau time ummi dengan abah pengsan awal. Kalau tak boleh je setiap tiga jam kejutkan dia bangun untuk ke toilet, cuma kadang-kadang ummi dengan abah pun tidur mati.
Dah pandai mengira one two three, satu dua tiga sampai sepuluh Pandai jugak ajar adik macam-macam. Pandai asyik nak mintak tulis je, sampai terlebih tulis sampai ke didinding, sofa, cadar habis semuanya dilukis macam-macam..haha

Harapan ummi dengan abah, semoga Harith membesar dengan sihat, panjang umur, murah rezki,menjadi anak yang cerdik, aktif, soleh didunia dan akhirat. Yang boleh jaga ummi abah dan adik-adik bila besar nanti. Yang boleh jaga ummi dengan abah bila kami dah tua, yang boleh sedekah doa dan mengaji bila ummi dengan abah dah tiada lagi didunia ni. Mudah-mudahan yang baik-baik saja untuk Harith =)

Harith anak yang baik!
Harith anak soleh!
Harith Anak yang cerdik dan aktif!
Harith anak syurga ummi dan abah!

Jumlah tengok gambar kek Harith semalam, dah pandai dah request nak happy birthday to you. Cuma cari kek upin ipin tak jumpa. Nanti balik kampung kita suruh tokwan beli kek upin ipin plak kat abang..hehe














Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
ID 1065850
Facebook : Amalina Ahmad
SMS | WhatssApp : 012-4341649
Emel : mellyna35@yahoo.com
FB Page : https://www.facebook.com/Natural Supplement





::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

2 comments:

KakWa RatuVitamin said...

Selamat hari lahir buat anak kak amalina.
InshaAllah Ahmad Harith Akhtar anak syurga..
Peyejuk mata, penawar hati ayahbonda...


Nak petua anak bijak?
Anak Bijak Dengan Omega Guard - | Sihat Itu Cantik |

Akak Vitamin said...

Happy Birthday Harith :) moga jadi anak soleh :)

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik