Sunday 19 October 2014

Kek Coklat Kukus Simple dan Confirm Sedap!

 Assalamualaikum

Hari ni nak cerita bab resipi pulak la..Dah dalam facebook sekarang ni ramai dok cerita dan share pasal jeruk asam boi tu kan? memang bermusim jugak jenis makanan ni kan. Ingat dulu zaman cheseekut, pavlova..semua orang pakat dok buat, dok post dalam facebook. Saya pun terpengaruh, chessekut memang dok buat sedia, memang sedap. Tapi pavlova tak reti-reti lagi nak buat, walaupun ada kawan share cara buat macam senang tapi ramai jugak kawan yang pernah buat tapi tak jadi. Tu yang tangguh dulu nak buat pavlova tu, tapi memang teringin sangat-sangat nak makan. Siapa ada buat dan jual mai bagitau sini cepat, nak order ni..hehe

Semalam dalam group whatsapp geng sekolah menengah, ada kawan share resipi kek coklat kukus moist. Tengok resipi yang dia bagi pun sangat simple dan mudah nak buat. Tapi saya belum berkesempatan nak buat lagi, tak keluar cari bahan pun lagi =) Tapi ada jugak kawan-kawan dalam group tu yang dah cuba buat..dan memang menjadi. Kita yang tengok ni pun terliur, nampak sedap sangat.

Resipi Kek Coklat Kukus 

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sdk baking powder
  • 1 sdk soda bikarbonat
*semua dicampur dan diayak
  • 4 biji telur
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
  • 2 cawan gula
  • 1 1/2 cawan air panas
 Cara-cara :

Pukul telur dan gula sampai kembang
Masukkan susu, minyak dan tepung yang telah dicampur dan diayak tadi. Pukul lagi hingga sebati
Gunakan kelajuan yang minimum jika menggunakan mixer untuk mendapatkan tekstur kek yang cantik
Akhir sekali masukkan air panas, gaul hingga sebati (dengan menggunakan senduk sahaja)
Masukkan dalam loyang yang telah digris dengan sedikit marjerin
Kukus selama lebih kurang 40 minit




Cara membuat topping :
  • Serbuk koko setengah cawan
  • Susu pekat setengah cawan
  • Susu sejat sedikit (jika ada)
  • Minyak masak satu sudu besar
- Campurkan semua bahan, kacau diatas api perlahan sampai sebati dan tidak berketul
-Tambahkan air sedikit jika terlalu pekat
-Kemudian curahkan atas kek yang telah dimasak tadi


Credit ti k.long saidatul akmal

Senang sangat kan resipi kek coklat ni? Saya tengok gambar pun rasa macam nak buat sekarang jer, Semua bahan dh ada kecuali serbuk koko =(

Sesiapa yang rasa-rasa bahan ni semua dah ada kat rumah, boleh la cepat-cepat pergi buat. Dijamin sangat mudah dan sedap!!

Credit to ina



::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

0 comments:

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik