Friday 3 October 2014

Kuning Telur sebagai Masker




Kita seringkali mendengar putih telur biasanya dijadikan masker. Tetapi kali ini saya akan kongsikan masker yang dibuat daripada kuning telur. Sebut sahaja kuning telur saya pasti ramai yang tidak gemarkannya. Banyak jugak kawan-kawan yang saya perasan bila makan telur, mesti asingkan kuningnya, hanya makan putih telur sahaja.

Tahukah anda sebenarnya kuning telur juga mempunyai manfaat sebagai bahan semula jadi merawat kulit dan rambut. Bagi yang bermasalah mempunyai kulit kering, boleh sahaja cuba petua semula jadi ini. Dengan cara membuat masker dari kuning telur

  • Mula-mula pecahkan sebutir telur, pisahkan telur kuning dan putih. Putih telur boleh dibuat masak. Kemudian sapukan kuning telur di kulit muka anda.

  • Biarkan sehingga kering lebih kurang 20 hingga 30 minit. Elakkan daripada menyapu di bahagian mata, mulut dan lubang hidung. Kemudian bersihkan muka sehingga bau hanyir hilang.

  • Kuning telur yang tidak habis boleh disimpan sehingga tiga hari di dalam peti sejuk. Ia mampu melembapkan kulit wajah jika diamalkan selalu.

SUMBER



::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

0 comments:

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik