Monday 6 October 2014

Sawan Tangis

Jika bayi anda menangis sepanjang malam dan tanpa punca, mesti orang-orang tua akan mengatakan yang bayi tersebut mungkin terkena sawan tangis. Apa itu sawan tangis? Sawan tangis iaitu apabila kanak-kanak atau bayi menangis pada masa-masa tertentu tanpa sebab yang biasanya akan terjadi selama beberapa jam. Pernah kawan saya mengalaminya, selepas seminggu kelahiran anaknya, setiap kali masuknya magrib anaknya akan menangis sehinggalah ke subuh esok harinya. Kejadian ini berlarutan agak lama, lebih kurang 3 minggu. Tak tahu dimana silapnya. Hinggalah habis masa berpantang, alhamdulillah bayinya dah kurang menangis setelah beberapa kali dibawa berjumpa ustaz.
banyakkan membaca ayat-ayat al-Quran jika bayi kerap menangis

Tanda-tanda bayi terkena sawan tangis :
  • Bila bayi menangis, hanya keluar suara (Air mata tak keluar)
  • Masa menangis, Mata dipejam tetapi dalam masa sama Biji mata bergerak
  • Bayi menangis bermula waktu petang hingga subuh
  • Bayi Menangis, berhenti dan menangis semula
  • Mata bayi sentiasa memandang tepat ke atas
  • Bayi mudah terkejut semasa tidur
Sawan tangis ini disebabkan oleh rasukan jin atau gangguan makhluk halus. Dalam pada masa yang tertentu, bayi tersebut kadang kala memperlihatkan sesuatu yang luar biasa seperti muka yang sedang ketakutan seolah-olah nampak sesuatu yang menggerunkan di hadapannaya.

Tanda-tanda jika anak anda terkena sawan tangis :

1) Bayi yang di bawah umur 3 bulan selalunya menangis di waktu senja yang di kenali dengan "evening colic". Setelah berhenti, ia akan menagis semula. Kadang-kadang bayi ini hanya akan menangis pada waktu magrib sahaja.

2) Bayi atau kanak-kanak akan menangis pada waktu yang tertentu sahaja seperti tengah malam atau waktu magrib : 
  • Tangisan akibat gangguan pada kebiasaannya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Mata bayi kelihatan kejam. Kalau diperhatikan dengan teliti, akan didapati bahawa tangisan itu terjadi seumpama dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur).
  • Kanak-kanak yang dalam keadaan terganggu, adakala berhenti menangis semula. Mata yang kejam ketika berhenti menangis itu kadang-kadang melahirkan ombak di kelopak mata, seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan atau pun kiri.
  • Ada anak-anak kecil yang terganggu, menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan mengigil seolah-olah adanya sesuatu yang mengerikan di hadapannya.
Jika anak anda didapati terkena sawan tangis, anda boleh membacakan beberapa ayat al-Quran antaranya :

Amalan Minggu Pertama dan Kedua:
  • Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 20, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
  • Surah A-Ra'd ayat 30 hingga 34, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

Amalan minggu ketiga dan keempat:
  • Surah Al-Israa' ayat 79 hingga 94, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
  • Surah Al-Baqarah ayat 244 hingga 255, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
 Sumber:boleh baca disini

Sebab itulah pesan orang-orang tua jika mahu keluar berjalan kemana-mana, seelok-eloknya hendaklah segera pulang ke rumah sebelum waktu magrib. Bayi yang yang masih dalam pantang jugak tidak dibenarkan keluar sama sekali. Jika difikirkan, pesan orang-orang tua ada sebabnya kan. Tapi zaman moden sekarang sudah ramai yang ambil mudah dan tidak endah dengan pesanan orang-orang tua. "Mencegah lebih baik dari mengubati"




::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

2 comments:

Nila Anggraini said...

terima kasih atas perkongsian ini...menarik sekali..saya ada baby juga ..insaaAllah akan selalu amalakan membaca Al quran dan sebolehnya tidak embawa bayi keluar rumah pada waktu magrib.

Dr Muhammad Akbar bin Abdullah said...

Info yang menarik. Memang sawan tangis kerap dikaitkan dengan gangguan makhluk halus. Namun ia juga ada dikaitkan dengan masalah penghadaman bayi seperti kembung perut dan asid reflux. Tidak semua sawan tangis memerlukan perhatian daripada doktor. Cuba tips-tips rawatan sawan tangis seperti mengkhayalkan bayi dengan bunyi muzik atau bacaan Al-Quran dan peluk bayi dengan rapat sebelum membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor.

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik