Wednesday 8 October 2014

Cara Ringkas Melakukan Solat Sunat Dhuha

Mudahnya menjemput rezeki
Sebelum ni pernah dengar sahaja solat dhuha ni, tapi buatnya tak pernah. Ya Allah betapa jahilnya diri ini. Tapi alhamdulillah sekarang memang tiap-tiap hari tak pernah tinggal. Walau kelam kabut dengan rumah, dengan anak-anak sekalipun mesti akan buat jugak solat dhuha ni, kecuali kalau uzur atau dalam perjalanan yang memang tak sempat solat, tapi boleh jugak kita baca sahaja doa dhuha tu. Percayalah, jika anda amalkan solat dhuha ini akan rasa lebih tenang dan terkawal. Kehidupan harian rasa tak lengkap kalau tak buat dhuha.
Sebenarnya bukan susah sangat pun nak buat dhuha ni, rasanya 10 minit pun tak sampai. Cara melaksanakannya pun sangat mudah. Rezki Allah itu luas, lebih mudah kita jemput rezeki berbanding mencari. Ini adalah salah satu caranya menjemput rezki

 Solat Dhuha merupakan amalan sunat yang digalakkan kita amalkannya. Ia dikatakan sebagai "pembuka rezeki" sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah s.a.w. Solat ini boleh dilakukakn 2,4,6, hinggalah 12 rakaat.

Cara Melakukan Solat Sunat Dhuha

"Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya. Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang" (Kitab Al-Majmu' karangan Imam Nawawi)

Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
Waktu : Pagi anggaran jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Niatnya :
Niat Solat Dhuha
Rakaat Pertama
  • Niat; sahaja aku sembahyang solat sunat Dhuha, 2 rakaat kerana Allah Taala
  • Alfatihah
  • Surah As-Syams (surah pendek lain pun tak apa)
Rakaat Kedua
  • Alfatihah
  • Surah Ad-Dhuha (surah pendek pun tak apa)
  • Tahiyyat akhir dan beri salam
Kemudian berdoa:
  • Doa dimurahkan rezki, berkati rezki dan kerja kita
  • Mengadulah pada Allah, doa apa sahaja
  • Paling elok dan mantap gunalah doa Dhuha ini:
Doa Solat Dhuha




Allahumma Innadh Dhuha-A- Dhuha-Uka
Wal Bahaa-A-Bahaa- Uka
Wal Jamaala Jamaaluka
Wal Quwwata Quwwatuka
Wal Qudrata Qudratuka
Wal Ishmata Ishmatuka

Allahumma Inkaana Rizqi Fis Samma-I-Fa Anzilhu
Wa Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu
Wa Inkaana Mu'asiran Fayassirhu
Wa Inkaana Ba'idan Fa Qaribhu

Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika
Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika
Aatini Maa Ataita Min'Ibadikash Shalihin




Nak senang hafal dan ingat doa Dhuha ni boleh download je lagu dhuha Hijjaz tu. Saya pun belajar hafal melalui nasyid ni =)


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

0 comments:

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik