Tuesday 7 October 2014

Jangan Sekat Perkembangan Anak

Biarkan anak terokai persekitaran
Saya pasti, sebagai ibu bapa, kita mahu memberikan yang terbaik kepada anak dan mahu melindungi mereka daripada ancaman bahaya sama ada di dalam mahu pun diluar rumah. Tetapi kadang kala tanpa kita sedari, kita juga sebenarnya menjadi penghalang terbesar kepada perkembangan positif anak-anak. Ini kerana secara semulajadi bayi kecil akan mula meneroka dunia sekelilingnya dalam proses tumbesaran yang aktif. Persekitaranlah yang mengajar mereka. Ia membantu perkembangan positif anak menjadi lebih mahir dan cekap mencapai perkembangan kemahiran motor mereka seperti meniarap, merangkak, duduk, berjalan.

Perasan tak yang kita selalu menyekat anak-anak menerokai dan belajar kemahiran mereka sendiri?

"Muhammad, jangan kutip mainan tu, kotor!"
"Muhammad, jangan panjat nanti jatuh!"
"Biar ummi dukung sajalah, kotor nak merangkak kat situ"

Ini antara contoh yang sering kita ucapkan kepada anak kita yang semakin hari semakin lasak dan aktif. Ini menunjukkan bahawa si ibu terlalu melindungi anaknya sehinggakan semuanya, "tidak boleh itu, jangan..". Ini sebenarnya halangan dan perlindungan yang keterlaluan yang hanya akan menyekat keinginan semula jadi anak-anak untuk meneroka dan belajar benda baru di sekeliling mereka. Tanpa disedari, kita sendiri yang menghalang proses pertumbuhan anak bahkan mengganggunya untuk membesar sebagai anak yang kreatif dan inovatif suatu hari nanti.


Pelbagai halangan dan perlindungan yang keterlaluan yang hanya akan menyekat keinginan semula jadi anak untuk meneroka dan belajar. Tanpa disedari, kita sendiri yang menghalang proses pertumbuhan dan perkebangan anak bahkan mengganggunya membesar sebagai anak yang kreatif dan inovatif kelak.
  • Terlalu melindungi - sikap melindungi merupakan sifat lumrah yang ada pada setiap ibu bapa. Namun jika anda keterlaluan melindungi anda sebenarnya menanamkan perasaan rendah diri, penakut, dan sombong dalam diri anak anda sejak kecil lagi
  • Cepat beri bantuan - Sesekali biarkan anak anda melakukan kesilapan dan merasakan kesakitan terutamanya dalam proses belajar kemahiran motor seperti duduk, berdiri atau jalan. Anda hanya akan membuatkan anak anda menjadi mudah lemah dan cepat berputus asa jika terlalu cepat memberi bantuan. Ini kerana anak anda akan berfikiran yang ibu bapanya akan segera datang membantu jika dia tidak dapat melakukan sesuatu
  • Cair dengan anak - Kadangkala kita sebagai ibu bapa terlalu mudah cair dengan anak-anak. Kita masih senyum dan berlembut dengan mereka apabila melakukan kesilapan. Kita seharusnya tegas dalam sesuatu hal yang tertentu, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
  • Cakap tak serupa bikin - Ingatlah setiap tindak tanduk dan percakapan kita sebagai ibu bapa, diperhatikan oleh anak walaupun mereka masih bayi. Oleh itu, seharusnya kita memberikan contoh yang baik dalam urusan mendidik mereka. Jangan terkejut jika si abang mnjerit atau bercakap kasar dengan adiknya satu masa nanti



sumber


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

0 comments:

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik