Monday 27 October 2014

Simptom Selepas Bersalin Yang Tidak Boleh Anda Abaikan


Assalamualaikum..awal pagi tadi saya dikejutkan dengan pemergian kawan semasa belajar diploma dahulu. Khabarnya arwah meninggal ketika melahirkan anak. Anak yang kedua. Ya Allah..AllahuAkbar, mati syahid ketika melahirkan..InshaAllah syurga tempatmu. Walaupun saya tidak rapat sangat dengan arwah, tapi pernah la bersembang-sembang bertegur sapa semasa zaman belajar dahulu. Terbayang-bayang lagi percakapan dan gurauannya yang sangat berhemah. Arwah ni berperibadian yang sangat lemah lembut, wajah bersih dan baik orangnya, sangat sopan bila bercakap. Khabarnya berlaku pendarahan yang banyak ketika melahirkan. Anak yang dikandung juga turut meninggal.
Kejadian ini membuatkan saya terasa insaf, ajal maut kita tidak tahu bila dan bagaimana caranya.Semoga suami, anak serta keluarganya tabah dan kuat menghadapinya. Al-fatihah.

"Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji"

"Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid"

Pentingnya penjagaan kesihatan diri, mental dan fizikal selepas bersalin bagi mengelakkan perkara-perkara yang buruk berlaku. Kita berusaha, Allah lah sebaik-baik perancang dan Maha Berkuasa yang menentukan segalanya.

Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan, jika anda mengalami mana-mana simpton seperti dibawah, dinasihatkan pergi ke hospital dengan segera:

  • Kehilangan banyak darah atau berlaku pendarahan dengan tiba-tiba
Ini mungkin disertai tanda-tanda kejutan, seperti denyutan jantung yang pantas, pening kepala, berpeluh dan rasa seperti hendak pitam. Kehilangan banyak darah melalui faraj adalah pendarahan postpartum (tumpah darah selepas bersalin) dan anda mesti dapatkan bantuan dengan segera.

  • Sakit kepala yang teruk atau berpanjangan
Ini mungkin kesan sampingan suntikan epidural dan anda patut berjumpa doktor secepat mungkin. Dalam 72 jam pertama selepas bersalin, sakit kepala yang teruk juga mungkin tanda pra-elampsia, yang boleh berlaku selepas atau sebelum bersalin. Jika anda mengalami pra-eklampsia, anda juga mungkin mengalami penglihatan kabur dan/atau berasa loya. 
 
  • Tekanan darah tinggi
Tekanan darah anda patut diambil dalam masa enam jam pertama selepas bersalin. Jika angka di bawah (diastolik) melebihi 90, ini mungkin tanda anda mengalami pra-eklampsia dan berisiko menghidap eklampsia sepenuhnya. Anda patut berjumpa doktor dengan segera dan jika perlu, dimasukkan ke hospital. Tambah membimbangkan jika anda juga ada tanda-tanda lain pra-eklampsia seperti sakit kepala, penglihatan kabur atau berasa loya. 

  • Nafas pendek
Nafas pendek biasa berlaku jika anda melakukan sesuatu yang aktif seperti mendaki bukit. Tetapi jika anda berasa sesak nafas dan ianya tidak pulih walaupun selepas anda berehat, ia mungkin tanda embolisme pulmonari (apabila darah beku tersekat pada salah satu saluran darah di paru-paru). 
 
  • Sakit dada
Jika anda mengalami kesakitan pada dada, ia mungkin disebabkan oleh jangkitan dada atau ketegangan otot tegang akibat meneran semasa bersalin. Namun begitu, ia juga mungkin tanda sejenis embolisme pulmonari dan tidak harus diabaikan. Jika anda mengalami kesakitan, sesak nafas atau batuk berdarah, anda mesti segera pergi ke hospital. 
 
  • Sakit betis
Kesakitan pada betis mungkin adalah trombosis vena dalam (deep vein thrombosis – DVT). Ini adalah pembekuan darah pada vena dalam otot dan ia boleh membawa maut. Kadang-kala anda juga mungkin nampak tanda merah, bengkak dan/atau suhu badan yang tinggi sedikit. 
 
  • Berfikir hendak membunuh diri
Jika anda dapati diri anda memikirkan tentang kematian atau membunuh diri, hubungi doktor anda dengan segera atau berbincanglah dengan ahli keluarga anda supaya mereka boleh dapatkan bantuan untuk anda. 
 
  • Berkelakuan kurang siuman, termasuk insomnia dan mudah rasa gelisah
Selepas melahirkan bayi, sesetengah ibu mengalami perubahan dramatik pada kesihatan emosi dan mental mereka. Kekacauan pemikiran, terlalu mudah rasa gelisah, kekeliruan dan delusi boleh jadi permulaan sejenis keadaan kesihatan yang jarang berlaku, dikenali sebagai psikosis puerperal. Jika ini berlaku, sangat penting bagi anda mendapat rawatan segera dan bantuan yang anda perlukan. 
 
  • Demam yang sangat panas (38 darjah celcius)
Demam panas boleh disertai menggigil dan ia adalah satu tanda jangkitan. Selepas bersalin, anda boleh jatuh sakit dengan teruk dalam masa yang singkat jika anda mengalami jangkitan yang tidak dirawat segera. Tempat yang mudah terkena jangkitan ialah pada jahitan atau rahim anda. 
 
  • Tidak dapat membuang air kecil dalam enam jam pertama selepas melahirkan
Jika anda tidak membuang sejumlah air kencing yang memuaskan dalam masa ini, anda mungkin mengalami masalah air kencing bertakung. Semasa anda di hospital, jururawat akan memerhatikan jumlah air kencing yang keluar.


Berminat dengan produk Shaklee?
Hubungi saya untuk maklumat lanjut!
Pengedar Shaklee Anda
ID 1065850
Facebook : Amalina Ahmad
SMS | WhatssApp : 012-4341649
Emel : mellyna35@yahoo.com
FB Page : https://www.facebook.com/Jomsihat

::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

3 comments:

Kamalia Auderina Lee said...

besarnya pengorbanan ibu yang melahirkan
selepas bersalin pun belum tentu dapat lari daripada risiko yang timbul selepas melahirkan anak

Unknown said...

Innalillah....inshaa Allah syurga tempat sahabat dan anaknya.
Risau juga bila hb rendah ni...pendarahan yg banyak boleh berlaku ketika melahirkan

Cara Cepat Hamil Pasangan Perhubungan Jarak Jauh | Diari Mama

Akak Coway said...

Betul. Banyak pahala dengan melahirkan zuriat..

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik