Wednesday 1 October 2014

Kenapa Wanita Wajib Melakukan Ujian Pap Smear



Wanita-wanita diluar sana mesti pernah dengar perkataan 'pap smear' kan? Sebut sahaja pap smear mesti dah rasa takut, seram, seriau, macam-macam lagilah.Sebenarnya saya juga termasuk dalam golongan ini, bukan main seriau bila dengar perkataan pap smear, lagi seriau bila orang cakap kena masukkan alat (spekulum) dalam kita punya untuk mengambil sampel untuk ujian pap smear ini. Sepatutnya memang dah kena buat ni, tapi memikirkan perasaan seriau tu lah yang dok bertangguh je sampai sekarang tak buat-buat lagi. Rupanya ramai jugak kawan-kawan saya yang tak buat lagi ujian ni walaupun dah mempunyai empat orang anak, saya ingatkan saya je yang tak buat lagi. Tapi ada jugak kawan yang dah pernah buat, dan katanya bukannya sakit pun, cuma mungkin mula-mula tu kita agak seriau sedikit. Prosesnya pun sekejap je katanya, dalam 10 minit sahaja.

Dengar kawan saya cakap tak sakit, saya pun rasa berani dan semangat sikit nak buat. Dah hampir lima tahun berkahwin, dan sudah 2 kali melahirkan tapi belum pernah sekali pun buat ujian pap smear ni. Punya lah penakut kan hihi. Sebenarnya setiap kali chek up anak misi dok tanya bila nak buat pap smear, mula-mula tu period, boleh lah bagi alasan lagi kan. Dah cakap kat misi lepas period kononnya nak datang semula, tapi terus lari sampai sekarang tak pernah jengukkan muka kat klinik kesihatan tu lagi dah, haha. Tapi sekarang ni rasa macam berani sikit, anak pun dah nak masuk dua tahun, sampai bila nak takut je kan, huhu (ayat sedapkan hati). Cuti sekolah ni ingat nak buat lah ujian pap smear ni.

Untuk info lebih details boleh baca disini :SUMBER

Kenapa perlu buat ujian pap smear?

Pap smear juga dikenali sebagai ujian papanicolaou. Ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks kemudian, tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser. Biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser. Pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser. Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap 3 tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks. Rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh.

Bila waktu yang sesuai buat ujian ini?

Anda patut melakukan ujian pap smear setelah anda mula mengamalkan seks atau mencapai umur 26 tahun sehinggalah anda berusia 70 tahun. Wanita yang telah menjalani histerektomi (membuang rahim dan serviks) tidak perlu lagi melakukan pap smear melainkan sebab pembuangan rahim adalah sebagai rawatan pra kanser. Wanita yang telah menjalani histerektomi subtotal (membuang uterus tanpa membuang serviks) masih perlu melakukan pap smear secara berkala.

tengok gambar ni pun dah rasa takut

Apa yang dilakukan semasa ujian pap smear?

1. Anda akan diminta untuk berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan.
2. Spekulum (muncung itik), sepanjang 4 inci,akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka.
3. Dengan pandangan selari, doktor akan memasukkan spatula kayu, untuk mengambil sampel sel dari servik.
4. Sampel tersebut kemudiannya disebarkan di atas slaid kaca dan di sembur dengan alkohol. Seterusnya, ia dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi. Anda akan berasa sedikit tidak selesa walaubagaimanapun, keseluruhan prosedur ini tidak menyakitkan.

Siapa yang perlu buat ujian pap smear?
  • orang yang sudah berkahwin dan melahirkan anak
  • orang yang aktif hubungan seks
  • orang yang tidak pernah mengandung/beranak
 Dimana boleh buat ujian pap smear?
  • hospital kerajaan/klinik kesihatan
  • hospital/klinik swasta

Anda bagaimana, dah pernah buat ke belum? Boleh lah kongsikan pengalaman anda di sini =)


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

0 comments:

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik