Sunday 26 October 2014

Pabila Ummi BerSpa


Cehh..spa la sangat kan..hihi. Alkisahnya pada hari rabu yang lepas, tengahari tu husband call tany nak p tidoq kat hotel tak malam ni? Pelik jugak tiba-tiba je ajak p tido kat hotel, dah la hari bekerja. Husband cakap "jomlah, kita p petang ni, abang mintak kat boss balik awal, esok pagi-pagi pas breakfast abang balik la masuk kerja, packing, siap anak-anak petang ni abang balik terus kita p" Jadi sungguh kan, last minit punya kerja. Husband cakap ni sebenarnya untuk visitor yang nak mai melawat projek kat sini, tapi last minit cancel pulak sebab anak sakit, so rugilah duit hotel semua dah bayar. Saya on je, lagi seronok kan. Husband balik keja awal lebih kurang pukul 4 petang, kami pun bertolak ke Hotel Aston. Hotel Aston ni antara hotel yang besar dan agak mewah la kat Belitung ni. Terletak di Tanjung Pandan, satu-satunya pekan besar kat sini. Jarak dari rumah saya ke Tanjung pandan ni lebih kurang satu jam lebih.

Lebih kurang jam 6 petang, selesai chek in saya tengok dekat pakej dalam bilik tu ada disediakan pakej spa n massage. Saya pun mintak dekat suami nak massage, memang dah lama dah rasa nak mengurut, macam lenguh-lenguh je badan ni. Husband call dulu tanya manalah tahu kot-kot sudah penuh untuk sesi malam tu kan. Nasib saya baik memang ada bilik available time tu. Satu jam Rp 195,000. Saya pun pergilah ke bilik spa tu yang berada di level 2, sementara suami mengasuh anak-anak. Layan diorang mandi dalam bilik jelah jawabnya. budak-budak ni kalau dah main air, mandi memang leka. Berejam pun takpe main air. Tapi husband sempat pesan, jangan lama-lama, ambil yang sejam cukup..hihi


Sebaik saya sampai, memang ada bilik yang available waktu tu. Saya pun masuk bilik yang disediakan, kemudian masuk lah perempuan tukang urut tu. Saya hanya ambil pakej Traditional Massage, itu je yang paling cepat pun, 1 jam. Kalau ikutkan nak je ambil full pakej tapi kesian pulak kat husband mengasuh anak lama-lama, mesti bosan tunggu. maka bermulalah sesi mengurut, biasa je saya rasa, stepnya macam bidan mengurut lepas bersalin. Tapi ada jugak part-part memang sakit time dia tekan-tekan, rasa nak menjerit tapi control je. tengok perempuan yang mengurut ni, alhai kecik molek je orangnya..tapi tangannya bukan main lagi kuat tekan-tekan! huhu. Memang sedap lah badan bila tengah mengurut ni kan, rasa macam nak tertidur je..hehe. Seingat saya, tiga kali proses dia mengurut ni, and last sekali dia massage menggunakan minyak aroma terapi kot, wangi je baunya.

Akhirnya siaplah proses bermassage selama sejam. Rasa macam tak puas je. Tapi rasa segar dan ringan je badan ni. Nanti bila-bila berkesempatan nak mengurut lagi lah..hehe. Selepas selesai mengurut barulah kami keluar ke pekan, makan-makan dan jalan-jalan =)



Berminat Dengan Produk Shaklee?


Hubungi saya untuk maklumat lanjut!
Pengedar Shaklee Anda
ID 1065850
Facebook : Amalina Ahmad
SMS | WhatssApp : 012-4341649
Emel : mellyna35@yahoo.com
FB Page : https://www.facebook.com/Jomsihat

::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

2 comments:

Nila Anggraini said...

Wahh...seronoknyee...macam nak pargi spa pulak dah...dah lama juga tak buat nie. Pakej kat sana murah ye amalina...?

Mak Jemah Jual Vitamin said...

wah bestnya cuti-cuti..bila agaknya nak melawat belitung ni...

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik