Wednesday 15 October 2014

Ikan Keli Tinggi Omega 3!

Keli bakar + air asam
Ikan keli, merupakan sejenis ikan yang hidup di air tawar. Saya pasti ramai yang  suka, rasanya yang lazat dan isinya yang manis-manis membuatkan ramai menggemarinya. Suami saya juga salah seorang yang sangat gemarkan ikan keli, dan yang paling dia suka ikan keli bakar atau ikan keli masak pedas, memang bertambah la kalau buat menu ni. Saya yang dahulunya tidak berapa menggemarinya, tapi sejak berkahwin sudah mula menggemari ikan air tawar ini. Entah kenapa sebelum kahwin dulu bila makan ikan keli rasa hanyir la, rasa pasir la. Tapi selepas berkahwin elok pulak tekak ni boleh terima rasa ikan keli. Pengaruh dari encik suami la ni. Ya, dia memang pengaruh yang kuat buat saya, apa yang saya tak suka, tak makan dulu-dulu tapi selepas berkahwin jadi terbalik pulak..haha. Tapi bab menyiang ikan keli memang serah kat encik suami lagi,hehe. Dia kata ikan keli ada cara siangnya supaya tidak 'berasa' dan hanyir.


Ok berbalik pada ikan keli tadi. Tahukah anda yang ikan keli mempunyai omega 3 yang lagi tinggi dari ikan salmon? dan ikan mackerel?? Ikan keli atau nama saintifiknya Clarias gariepinus, mempunyai kandungan Omega-3 pada kadar 0.51 gram bagi setiap 100 gram, jauh lebih tinggi berbanding kandungan Omega-3 dalam ikan salmon (0.20g/100g), mackerel (0.10g/100g) atau trout (0.40g/100g). Kadar lemak dalam ikan keli (9-12 peratus) juga didapati antara yang tertinggi di kalangan mana- mana ikan air tawar atau masin, sama ada yang hidup di perairan tropika atau kawasan beriklim sederhana.

Dalam satu penyelidikan oleh Insitut Ikan Keli Amerika Syarikat mendapati bahawa ikan keli yang diternak dan diberi makan dengan pelet mempunyai sumber protein yang baik. Kaya dalam protein dan lemak asid omega-3 serta rendah kolestrol dan lemak tepu, dimanaia adalah ideal untuk diet kesihatan. Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh jurnal Persatuan Perubatan Amerika, tahap sederhana lemak politepu dan asid lemak omega-3 memberi faedah kesihatan untuk gastrousus, neurologikal, kaediovaskular, sistem peredaran dalam badan. Laporan itu juga menyebut bahawa pengambilan satu hingga dua sajian ikan keli seumpama dalam seminggu boleh mengurangkan separuh risiko kematian akibat serangan jantung

Selain mempunyai kandungan asid lemak Omega 3 yang tinggi yang datangnya dari sumber pemakanan ikan iaitu fitoplankton. Asid lemak yang banyak terdapat dalam minyak walnut, plankton marin dan ikan yang berlemak. Kebaikan asid lemak ialah ia dapat mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung. Minyak ikan yang terdapat di dalam ikan keli ini dapat mengurangkan ketidakstabilan denyutan jantung dan lain-lain. Asid lemak ini boleh mengurangkan risiko pesakit jantung, Ia juga mampu mengurangkan pembekuan darah iaitu punca utama sakit jantung dan mengurangkan kandungan kolesterol di dalam badan.  

Ikan keli ini juga baik untuk pertumbuhan otak dan pembesaran kanak-kanak, kerana kandungan DHA yang terdapat di dalamnya. Ini kerana otak manusia memerlukan lebih daripada 20 gm DHA. Tahap DHA yang rendah berkait rapat dengan paras serotonin rendah yang boleh mengakibatkan tekanan jiwa. Pengambilan Omega yang terdapat di dalam ikan keli ini mempunyai banyak kelebihan dan banyak kebaikanya. 

Bagi anda yang tak lalu dan tak berapa menggemari ikan keli tapi anda mahukan khasiat minyak ikan dan DHA yang baik, anda boleh mengambil supplemen dari shaklee iaitu Omega Guard 

Minyak ikan terbaik di dunia

Omega Guard Shaklee, Minyak Ikan Terbaik di dunia!

Omega Guard Shaklee  diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan negara Jepun. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.

Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Berbanding dengan kebanyakan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi yang hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan

 Antara khasiat dan kelebihan Omega Guard:

  • Mencergaskan Otak
  • Pencegahan strok
  • Melancarkan peredaran darah
  • Sumber terbaik gizi janin pada ibu hamil
  • Nutrisi kehamilan dan pasca kehamilan
  • Memelihara kecerahan penglihatan mata
  • Menurunkan kadar kolesterol dalam badan
  • Membantu dalam penurunan berat badan
  • Nutrisi baik untuk meningkatkan daya ingatan
  • Bertindak sebagai anti hipertasi serta pembekuan darah
  • Pemeliharaan pembuluh darah dan kesihatan jantung

Harga Rm 136
90 biji

Nak jimat dan dapatkan harga diskaun 15-20%?



Hubungi saya untuk maklumat lanjut!
Pengedar Shaklee Anda
ID 1065850
Facebook : Amalina Ahmad
SMS | WhatssApp : 012-4341649
Emel : mellyna35@yahoo.com
FB Page : https://www.facebook.com/Natural Supplement


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

0 comments:

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik